Status Raja dan Ulama Di Syurga

Di syurga status ulama dan raja dikekalkan. Ada juga manusia yang menjadi hamba di dunia tetapi menjadi raja di syurga.  

Rasulullah s.a.w. bersabda “Sesungguhnya ahli syurga benar-benar memerlukan ulama di dalam syurga. Demikian itu kerana setiap Jumaat mereka mengunjungi Allah SWT, lalu Allah SWT menawarkan kepada mereka “Mintalah kepadaku apa yang kamu kehendaki.” Lalu mereka berpaling kepada para ulama lalu berkata “Apakah gerangan yang kami minta?” Maka para ulama berkata kepada mereka: Mintalah kepadaNya demikian, demikian.” Mereka masih tetap memerlukan para ulama sekalipun di dalam syurga, sebagaimana mereka memerlukan sewaktu di dunia”. (Riwayat Ibnu Asaki melalui Jabir r.a)

Para sahabat bertanya kepada Rasulullah s.a.w., mengapa ahli syurga memerlukan ulama di syurga nanti sedangkan di sana tidak perlu melakukan ibadah dan tidak ada larangan melakukan apa-apa kerana sudah tiada hukum syarak.Allah s.w.t mengekalkan status ulama di syurga. Tujuannya ialah supaya ahli syurga dapat bertanya tentang apakah yang perlu diminta daripada Allah s.w.t apabila Allah berfirman “Mintalah” semasa diadakan majlis mingguan bersama Allah setiap Jumaat.Di syurga, ada perkara yang tidak sesuai untuk diminta, misalnya tidak sesuai untuk meminta sesuatu yang busuk kerana syurga adalah tempat yang indah, maka ahli syurga masih perlu merujuk kepada ulama.

Hamba Di Dunia, Raja Di Syurga

Abu Hurairah r.a berkata :Ketika kami di majlis Rasulullah saw tiba-tiba Rasulullah saw berkata : Esok pagi akan ada seorang ahli syurga yang sembahyang bersama kamu. Abu Hurairah berkata : Aku berharap semoga akulah orang yang dimaksudkan oleh Rasulullah itu. Maka pagi-pagi aku sembahyang di belakang Rasulullah saw dan terus menetap di majlis itu setelah orang lain pulang. Tiba-tiba ada seorang hamba berkulit hitam berkain cumpang camping datang berjabat tangan dengan Rasulullah saw sambil berkata : Ya Nabiyallah, doakan semoga aku mati syahid. Maka Rasulullah saw pun berdoa. Sedang kami mencium bau kasturi dari badannya. Kemudian aku bertanya : Adakah dia yang engkau maksud ya Rasulullah? Jawab Nabi : Ya benar. Dia hamba sahaya dari bani fulan.

Abu Hurairah berkata : Mengapa tidak kau beli dan merdekakannya ya Nabiyallah? Jawab Nabi : Bagaimana aku akan dapat berbuat demikian bilamana Allah akan menjadikannya seorang raja di syurga. Hai Abu hurairah, sesungguhnya di syurga itu ada raja dan sekumpulan orang yang terkemuka. Dia ini salah seorang raja dan juga terkemuka.

Dikirim dalam Uncategorized. 1 Comment »

Satu Respons to “Status Raja dan Ulama Di Syurga”


Kemusykilan atau pertanyaan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: