Balasan Kerana Menyembunyikan Kebenaran

Sesungguhnya orang-orang yang menyembunyikan (meminda atau mengubah) apa-apa keterangan Kitab Suci yang telah diturunkan oleh Allah dan membeli dengannya keuntungan dunia yang sedikit faedahnya, mereka itu tidak mengisi dalam perut mereka selain dari api Neraka dan Allah tidak akan berkata-kata kepada mereka pada hari kiamat dan Dia tidak membersihkan mereka (dari dosa) dan mereka pula akan beroleh azab seksa yang tidak terperi sakitnya. (Baqarah:174)

Orang-orang Yahudi dan Nasrani mengetahui kebenaran dan mereka tahu akan kelahiran nabi Muhammad s.a.w. kerana peristiwa itu diceritakan dalam kitab Taurat dan Injil. Namun mereka mengubah kitab-kitab itu khasnya tentang sifat Nabi Muhammad s.a.w.

Mereka telah mengubah kitab-kitab mereka agar sifat Nabi yang akhir itu tidak dikenali dan tidak diikuti.

Paderi Yahudi ini telah mengubah isi kitab taurat dan mengatakan bahawa ianya adalah dari Allah. Orang awam dikalangan mereka pula menerimanya bulat-bulat. Paderi-paderi bangsa Yahudi yang menemui sifat-sifat Nabi SAW tertulis dalam kitab Taurat yang berbunyi: Matanya seperti yang selalu memakai celak, tingginya ‘sedang’, rambutnya ikal, mukanya cantik.” Akan tetapi mereka menghapuskan (perkataan tersebut dari Taurat) kerana dengki dan benci serta menggantinya dengan kalimah: “Badannya tinggi, matanya biru, rambutnya lurus.” (Diriwayatkan oleh Ibnu Abi Hatim dari Ikrimah yang bersumber dari Ibnu Abbas.)

“mereka itu tidak mengisi dalam perut mereka selain dari api Neraka”

Muhammad [15]…..orang-orang yang tinggal kekal di dalam Neraka dan diberi minum dari air yang menggelegak sehingga menjadikan isi perut mereka hancur?

Allah tidak akan berkata-kata kepada mereka pada hari kiamat

Allah swt tidak akan memberi peluang kepada mereka untuk membela diri pada hari itu

dan Dia tidak membersihkan mereka (dari dosa)

Dosa itu ditanggung mereka selama-lamanya. 

dan mereka pula akan beroleh azab seksa yang tidak terperi sakitnya.Kecelakaan besar bagi tiap-tiap pencaci, pengeji,

Humazah(1) Yang mengumpulkan harta dan berulang-ulang menghitung kekayaannya; (2) Dia menyangka bahawa hartanya itu dapat mengekalkannya (dalam dunia ini)! (3) Tidak! Sesungguhnya dia akan dicampakkan ke dalam “Al-Hutamah”. (4) Dan apa jalannya engkau dapat mengetahui, apa dia “Al-Hutamah” itu? (5) (Al-Hutamah) ialah api Allah yang dinyalakan (dengan perintahNya); (6) Yang naik menjulang ke hati; (7) Sesungguhnya api Neraka itu ditutup rapat atas mereka. (8) (Mereka terikat di situ) pada batang-batang palang yang melintang panjang. / (9)

Dikirim dalam Uncategorized. 1 Comment »

Satu Respons to “Balasan Kerana Menyembunyikan Kebenaran”

  1. oviruses65@kiyaijr.com Says:

    Reblogged this on Oviruses 65.


Kemusykilan atau pertanyaan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: