Fikir Kebesaran Allah Disebalik Penciptaan Manusia

…maka hendaklah manusia memikirkan: Dari apa dia diciptakan. (At-Tariq:5) Dia diciptakan dari air (mani) yang memancut (ke dalam rahim); (At-Tariq:6) Yang keluar dari “tulang sulbi” lelaki dan “tulang dada” perempuan. (At-Tariq:7)

Sajadah [8] Kemudian Dia menjadikan keturunan manusia itu dari sejenis pati, iaitu dari air (benih) yang sedikit dipandang orang;

Al-Waqiah [58] (Mengapa kamu masih berdegil?) Tidakkah kamu memikirkan keadaan air mani yang kamu pancarkan (ke dalam rahim)?Al-Waqiah [59] Adakah kamu yang menciptakannya atau Kami yang menciptakannya?

Hanya Allah SWT yang mampu  mencipta tulang daripada daging yang keras. Proses ini juga diceritakan dalam Al-Quran:

Kemudian Kami jadikan “pati” itu (setitis) air benih pada penetapan yang kukuh. (Al-Mukminun:13) Kemudian Kami ciptakan air benih itu menjadi sebuku darah beku lalu Kami ciptakan darah beku itu menjadi seketul daging; kemudian Kami ciptakan daging itu menjadi beberapa tulang; kemudian Kami balut tulang-tulang itu dengan daging. Setelah sempurna kejadian itu Kami bentuk ia menjadi makhluk yang lain sifat keadaannya. Maka nyatalah kelebihan dan ketinggian Allah sebaik-baik Pencipta. (Al-Mukminun::14)

Hanya Allah SWT sahaja yang mampu mencipta manusia dalam 3 kegelapan iaitu kegelapan dalam perut, dalam rahim dan tembuni bayi:

Az-Zumar [6] Dia menciptakan kamu dari diri yang satu (Adam), kemudian Dia menjadikan daripadanya, isterinya (Hawa) dan Dia mengadakan untuk kamu binatang-binatang ternak lapan ekor: (Empat) pasangan (jantan dan betina). Dia menciptakan kamu dalam kandungan ibu kamu (berperingkat-peringkat) dari satu kejadian ke satu kejadian. Dalam tiga suasana yang gelap-gelita. Yang demikian (kekuasaanNya) ialah Allah Tuhan kamu; bagiNyalah kekuasaan yang mutlak; tiada Tuhan melainkan Dia; oleh itu bagaimana kamu dapat dipesongkan (dari mematuhi perintahNya)?

As-Shura [49] Bagi Allah jualah hak milik segala yang ada di langit dan di bumi; Dia menciptakan apa yang dikehendakiNya; Dia mengurniakan anak-anak perempuan kepada sesiapa yang dikehendakiNya dan mengurniakan anak-anak lelaki kepada sesiapa yang dikehendakiNya. As-Shura [50] Atau Dia mengurniakan mereka kedua-duanya anak-anak lelaki dan perempuan dan Dia juga menjadikan sesiapa yang dikehendakiNya: Mandul. Sesungguhnya Dia Maha Mengetahui, lagi Maha Kuasa.

Advertisements

2 Respons to “Fikir Kebesaran Allah Disebalik Penciptaan Manusia”

  1. Samsul Baharin Says:

    Bolihkah seorang lelaki (56 thn dan masih belum beristeri) mengahwini wanita (berumur 50thn dan masih belum bersuami)
    tanpa wali kerana ayahnya tidak bersetuju dia mengahwini lelaki tersebut.?

    • sulaiman Says:

      Mazhab Imam Malik dan Imam Asy-Shafii berpendapat bahawa kebenaran seorang wali adalah perlu di dalam akad nikah sesuatu perkahwinan.

      Mazhab Imam Malik berpendapat perempuan bangsawan yang ingin berkahwin perlu mendapatkan persetujuan wali, manakala perempuan biasa tidak perlu.

      Mazhab Imam Hanafi pula berpendapat bahawa seorang perempuan siuman yang telah dewasa sama ada belum atau pernah berkahwin boleh melangsungkan perkahwinan tanpa perlu adanya wali. Mazhab Hanafi berpendapat, persetujuan wali bukan syarat terpenting. Ia hanya wajib dalam perkahwinan kanak-kanak iaitu gadis di bawah umur. Ini berdasarkan kepada sebuah hadith dimana Rasulullah s.a.w. hanya mendiamkan diri dalam satu peristiwa:

      Adalah diriwayatkan oleh Aishah r.a. bahawa seorang gadis telah datang kepadanya dan berkata bahawa bapanya telah melangsungkan perkahwinannya dengan anak saudara bapanya untuk meringankan kemiskinan pemuda itu melalui perkahwinannya. Apabila Rasulullah s.a.w. mendengar aduan gadis itu, baginda pun memanggil bapa gadis itu, dan di hadapan bapanya membenarkan gadis itu berkahwin mengikut pilihan gadis itu sendiri. Lalu gadis itupun menjawab: Wahai Rasulullah! Saya menerima pilihan bapa saya. Saya hanya mahu kaum perempuan sedar yang mereka mempunyai hak penuh ke atas diri mereka (dalam hal ini).Boleh pada mazhab Hanafi, cuma Mazhab Syafie memerlukan persetujuan wali.


Kemusykilan atau pertanyaan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: