Adil Dalam Berhukum

Rasulullah s.a.w. bersabda dalam sebuah hadith “hukum hudud gugur dengan sebab syubahah (keraguan)“ (Riwayat Imam Abu Hanifah). Dalam hukum dan undang-undang Islam, kaedahnya ialah  ”Lebih baik melepaskan orang yang bersalah (sekiranya tidak cukup bukti) daripada menghukum orang yang tidak jelas kesalahannya”. Lebih baik tidak dihukum orang itu bersalah sekiranya tidak cukup bukti.

Daripada Abu Hurairah, r.a. dari Nabi s.a.w. sabdanya:“Sebilangan manusia yang dinaungi Allah di bawah naunganNya pada hari qiamat, hari yang tidak ada sebarang naungan padanya selain daripada naungan Allah; di antaranya ialah pemerintah yang adil;

Setiap perbicaraan yang tidak adil (tidak selaras dengan islam) akan dibicarakan kembali di mahkamah Allah s.w.t.

An-Nisaa [58] …dan apabila kamu menjalankan hukum di antara manusia, (Allah menyuruh) kamu menghukum dengan adil.

Kalau berhukum kena adil, tidak boleh pilih bulu. Hakim kena duduk ditengah-tengah (tidak boleh condong samada kepada pendakwa atau pembela). Nabi s.a.w juga berlaku adil dalam pengadilannya. Baginda bersabda apabila Yahudi meminta pertolongan Zaid memujuk nabi agar tidak menjatuhkan hudud:

Rasul bersabda:Wahai Usamah, apakah engkau ingin menolong dalam hudud Allah. Demi jiwa Muhammad Saw. yang ada ditanganya-Nya jika Fatimah binti Muhammad mencuri maka aku akan potong tangannya.(HR Bukhari dan Muslim)

Sayyidina Umar Al-Khattab r.a. juga terkenal dengan keadilan dan ketegasannya dalam menjalankan hukum-hukum Allah. Sayyidina Umar mempunyai beberapa orang anak laki-laki, di antaranya ialah Abdul Rahman bin Umar. Ia juga terkenal dengan panggilan Abu Syahamah.

Suatu hari Abu Syahamah merasa haus dan meminta minuman daripada seorang Yahudi. Yahudi itu telah memberinya minum arak tanpa diketahuinya kerana beliau tidak pernah melihat bagaimana rupa arak sejak daripada kecil lagi. Setelah meminum minuman yang diberikan dan disangka air itu beliau telah mabuk dan dalam keadaan mabuk itu, dia sudah dikuasai oleh syaitan dan melakukan perzinaan.

Akibat perzinaan tersebut perempuan itu hamil. Setelah sampai masanya anak yang dikandung oleh perempuan itu pun lahir, lalu dibawa ke untuk mengadap Amirul Mukminin (Ketua Orang Islam) bagi mengadukan hal kejadian yang menimpa dirinya. Kebetulan yang menjawat jawatan khalifah pada waktu itu ialah Sayyidina Umar Al-Khattab.

“Wahai Amirul Mukminin, ambillah anak ini kerana engkaulah yang lebih bertanggungjawab untuk memeliharanya daripada aku.” Mendengar kenyataan tersebut, Sayyidina Umar merasa terkejut dan hairan. Perempuan itu berkata lagi: “Anak ini adalah keturunan darah daging anak tuan yang bernama Abu Syahamah.” Perempuan itu pun menceritakan kepada Sayyidina Umar peristiwa yang menimpa dirinya sehingga melahirkan anak itu.

Setelah perempuan itu pulang Sayyidina Umar berkata kepada sahabat-sahabatnya: “Wahai sekalian sahabat Rasulullah, kamu tunggu di sini sehingga aku kembali.” Kemudian Sayyidina Umar membawa Abu Syahamah lalu membawa ke tempat para sahabat yang sudah sekian lama menunggu. “Mengapa ayahanda melakukan ini?” Tanya Abu Syahamah. “Kerana aku mahu tunaikan hak Allah semasa di dunia supaya aku dapat lepas daripada dituntut di akhirat kelak,” jawab Sayyidina Umar dengan tegas. Apabila sampai di hadapan para sahabat mereka pun bertanya: “Siapakah di belakangmu wahai Amirul Mukminin?” Jawab Sayyidina Umar: “Wahai sahabatku, sesungguhnya di belakang aku ini adalah anakku sendiri dan dia telah mengaku segala perbuatannya, benarlah perempuan yang menyampaikan khabar tadi.”

Setelah dilaksanakan beberapa kali sebatan, anaknya merayu: “Wahai ayahandaku, dengan nama Allah aku mohon kepadamu berilah aku minum seteguk air.” Sayyidina Umar menjawab dengan tegas: “Wahai anakandaku, seandainya ahli neraka dapat meminta air untuk diminum, maka aku akan berikan padamu air minum.”

Kemudian salah seorang sahabat pun menghampiri Sayyidina Umar dan berkatas: “Wahai Amirul Mukminin, hentikanlah pukulan ke atas anakmu itu dan kasihanilah dia.” Sayyidina Umar dengan tegas berkata: “Wahai sekalian sahabat Rasulullah, apakah kamu tidak membaca ayat Allah dalam surah an-Nuur ayat 2 :

Perempuan yang berzina dan lelaki yang berzina, hendaklah kamu sebat tiap-tiap seorang dari keduanya seratus kali sebat dan janganlah kamu dipengaruhi oleh perasaan belas kasihan terhadap keduanya dalam menjalankan hukum agama Allah, jika benar kamu beriman kepada Allah dan hari akhirat dan hendaklah disaksikan hukuman seksa yang dikenakan kepada mereka itu oleh sekumpulan dari orang-orang yang beriman. (An-Nur:2)

Advertisements

Kemusykilan atau pertanyaan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: