Hari Yang Tersangat Panas Tapi Ada VIP Yang Dilindungi

Ketika itu matahari berada seolah-olah sebatu (di atas kepala), panas yang tidak terperinya seperti diriwayatkan oleh Abu Hurairah RA yang dikeluarkan oleh Imam Muslim (sanad hadith tersebut sahih)

7 Golongan VIP Yang Dilindungi

Daripada Abu Hurairah, r.a. dari Nabi s.a.w. sabdanya:”Sebilangan manusia yang dinaungi Allah di bawah naunganNya pada hari qiamat, hari yang tidak ada sebarang naungan padanya selain daripada naungan Allah; di antaranya: Pemerintah yang adil; Pemuda yang hidupnya asyik dalam -mengerjakan ibadat kepada Tuhannya; Orang yang hatinya -sentiasa terikat dengan masjid; Dua orang yang berkasih sayang kerana Allah, – kedua-duanya berhimpun dan berpisah dengan tujuan mendapat keredhaan Allah; Orang yang dipujuk oleh perempuan yang berkedudukan lagi cantik untuk bersama dengannya lalu ia menolak pujukan itu dengan berkata: “Aku takut kepada Allah; Orang yang bersedekah secara bersembunyi sehingga tangan kirinya tidak mengetahui apa yang diberi oleh tangan kanannya; Dan orang yang menyebut atau mengingati Allah dengan keadaan tidak ada bersamanya orang lain atau tidak ada dalam ingatannya perkara lain, lalu menitis air matanya” (Bukhari, Muslim dan Nasa’i)

1. Pemerintah yang adil;
Adil dari kacamata Islam, mengikut apa yang Allah telah tetapkan.

2. Pemuda yang hidupnya asyik dalam -mengerjakan ibadat kepada Tuhannya;

Pemuda yang “syok” atau seronok beribadah, orang muda banyak cabaran dan godaan untuk beribadah kerana nafsunya masih”menggelegak” berbanding orang yang lebih berusia.

3. Orang yang hatinya -sentiasa terikat dengan masjid;

Selalu teringat untuk sembahyang jemaah di masjid walau di mana dia berada.

4. Dua orang yang berkasih sayang kerana Allah, – kedua-duanya berhimpun dan berpisah dengan tujuan mendapat keredhaan Allah;

Berkawan semata-mata kerana Allah tanpa ada kepentingan lain atau kerana nafsu.

5. Orang yang dipujuk oleh perempuan yang berkedudukan lagi cantik untuk bersama dengannya lalu ia menolak pujukan itu dengan berkata: “Aku takut kepada Allah;

Yusuf [23] Dan perempuan yang Yusuf tinggal di rumahnya, bersungguh-sungguh memujuk Yusuf berkehendakkan dirinya; dan perempuan itupun menutup pintu-pintu serta berkata: “Marilah ke mari, aku bersedia untukmu”. Yusuf menjawab: “Aku berlindung kepada Allah (dari perbuatan yang keji itu); sesungguhnya Tuhanku telah memeliharaku dengan sebaik-baiknya; sesungguhnya orang-orang yang zalim tidak akan berjaya”

6. Orang yang bersedekah secara bersembunyi sehingga tangan kirinya tidak mengetahui apa yang diberi oleh tangan kanannya;

Sedekah di sini bermaksud sedekah yang sunat. Samada diri sendiri tidak mengetahui jumlah yang diberi (seluk poket terus bagi) atau orang lain tidak mengetahui apa yang diberi (secara senyap).

7. Dan orang yang menyebut atau mengingati Allah dengan keadaan tidak ada bersamanya orang lain atau tidak ada dalam ingatannya perkara lain, lalu menitis air matanya”

Mengalir airmata ke lantai bumi kerana mengingatkan dosa lalu juga boleh membantu semasa di alam kubur.

Kemusykilan atau pertanyaan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: