Haid, Istihadah, Wiladah dan Nifas

Dari Aisyah r.anha, katanya: Rasul s.a.w menerangkan (kepada seorang perempuan), sabdanya :”…..apabila kedatangan haid hendaklah engkau tinggalkan sembahyang dan apabila haid itu habis tempohnya, hendaklah engkau mandi wajib dan sembahyanglah (seperti sediakala)”. [Riwayat Bukhari]

Haid ialah darah yang keluar dari rahim wanita yang sihat pada umur yang kebiasaannya boleh melahirkan anak. Apabila seseorang perempuan itu mengandung, dia tidak lagi mengeluarkan darah haid kerana rahimnya telah tertutup. Tempoh haid yang biasa ialah 6 atau 7 hari. Tempoh maksima haid dalam Mazhab Syafie ialah 15 hari 15 malam. Manakala Mazhab Hanafi pula berpendapat, paling lama seorang wanita mengalami haid ialah 10 hari.

Jika darah haid telah berhenti dan bersih di tengah-tengah tempoh masa haid itu, maka ia masih dianggap sebagai tempoh haid pada mazhab Syafie dan Hanafi. Perempuan itu masih tidak wajib solat pada 2 mazhab ini selagi belum cukup tempoh kebiasaan haid. Manakala hukum suci apabila darah telah berhenti di tengah-tengah masa haid adalah pendapat mazhab Maliki dan Hanbali.  Mereka berpendapat, jika haid  berhenti (selama) sehari atau semalam di tengah masa haidnya, maka hendaklah dia mandi dan menunaikan solat selama waktu yang dia bersih itu.

Wiladah ialah darah yang keluar dari rahim perempuan sebelum melahirkan anak, manakala darah nifas ialah darah yang keluar dari rahim perempuan selepas melahirkan anak. Tempoh maksimum bagi nifas pada pendapat Mazhab Hanafi dan Hanbali ialah 40 hari. Manakala Imam Maliki dan Syafi’e pula berpendapat tempoh maksimum darah nifas ialah 60 hari. Memadailah dengan sekali mandi sahaja untuk  mengangkat kedua-dua hadas tersebut, iaitu wiladah dan nifas.

Istihadah ialah darah penyakit iaitu darah yang keluar diluar kebiasaan iaitu ketika bukan dalam tempoh haid atau nifas. erdapat sebuah hadis yang diriwayatkan daripada Aisyah r.a. bahawa Fatimah binti Abu Hubaisy berkata kepada Rasulullah s.a.w: “Ya Rasulullah, sungguh aku ini tak pernah suci, apakah aku perlu meninggalkan solat?” Rasulullah s.a.w. menjawab: “Tidak, itu adalah darah penyakit. Namun tinggalkan solat sebanyak hari yang biasanya kamu haid sebelum itu, kemudian mandilah dan lakukan solat.” (Riwayat al-Bukhari).

Rasulullah s.a.w. bersabda kepada Hamnah yang bermaksud: “Aku beritahukan kepadamu (agar menggunakan) kapas kerana kapas dapat menyerap darah.” Hamnah berkata: “Darahnya lebih banyak daripada itu.” Baginda bersabda lagi yang bermaksud: “Gunakan kain.” Jawab Hamnah: “Darahnya masih banyak.” Baginda berkata lagi yang bermaksud: “Maka pakailah penahan.” (Riwayat al-Tirmizi)

7 Respons to “Haid, Istihadah, Wiladah dan Nifas”

  1. missyaf Says:

    uztaz.assalammualaikuWBT. mohon pencerahan.

    jikalau darah haid yang keluar sememangnya sudah melebihi 15 hari dan 15 malam..malah menjangkau melebihi sebulan dan jenis darah yang keluar adalah berwarna merah pekat,berbau hanyir seperti darah haid, dan dalam jumlah yang sangat banyak. adakah itu masih dikira sebagai darah istihadah..?

    soalan seterusnya, apa yang saya tahu kalau seseorang wanita itu mengalami darah istihadah, dia hanya perlu mandi wajib sekali kemudian menunaikan solat fardhu nya seperti biasa kan? tetapi dengan syarat harus menukar tuala wanitanya setiap kali ingin bersolat.. macam mana kalau tahap turunnya darah dari rahim nya agak banyak sehingga kan walaupun dia telah menukar tuala wanitanya, tuala wanita nya yang baru akan tetap basah dicemari darah baru.. adakah itu dikira sebagai najis dalam solat??

    terima kasih uztaz.. assalammualaikumWBT

    • sulaiman Says:

      Ya. Sekiranya melebihi 15 hari dikira istihadah kerana tempoh maksima haid dalam mazhab Syafie adalah 15 hari.
      Ya. Mandi atau wuduk dan menukar balutan setiap waktu sembahyang. Dimaafkan najis yang keluar dalam masa sembahyang itu.Berjumpalah doktor pakar sakit puan.

      • Tanpa Nama Says:

        Ya mmng isthdh.ttpi kena lihat wanita ini dlm katogeri mana .mubtadiah/ mutaadah.mumaiyizah/ghari mumayizah.bukan pakai borong lebih 15 hari itu sbg isthdh sj. Ini brmakna dlm kes wanita ni .dia sudah bradat dan tidak dpt mbezakn darahnya yg kluar satu warna merah sj ..yg mana haid dn isthd.oleh itu seharismlm dari permulaan melihat darah itu sj ialah haid dn bakinya isthd.bukan lepas 15 hari baru isthd….ingat byk lagi perbhasnnya..insyallah kita kongsi ilmu allah .bukan komen .(hamba yg dhoif…) boleh rujuk dpd kitab assyeikh alfadhil tuanguru maulana mansoor kitab tuhfatul aaiza…..

  2. Tanpa Nama Says:

    Tempoh darah wiladah menurut imam syafie ialah 60 hari,sepanjang tempoh tu ti
    dak boleh sembahyang ke ustaz?

  3. Saifudfin Says:

    Mengikut imam syafie tempoh darah wilayah ialah 60 hari,sepanjang tempoh itu boleh sembanhyang ke ustaz?


Kemusykilan atau pertanyaan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: