Suara Tinggi Dalam Masjid Tanda Akhir Zaman

Daripada Ali bin Abi Thalib r.a. Rasulullah saw. Bersabda: “Apabila umat ku telah membuat lima belas perkara, maka bala pasti akan turun kepada mereka iaitu  …… suara sudah ditinggikan di dalam masjid-masjid, …. maka ketika itu hendaklah mereka menunggu kedatangan angin merah atau pembalikan bumi atau keburukan bentuk-bentuk atau tanda-tanda yang beriringan seperti tali yang putus maka jatuhlah biji secara berterusan”. (Riwayat Tarmizi)

Baqarah [114]….tidak sepatutnya masuk ke dalam masjid-masjid itu melainkan dengan rasa penuh hormat dan takut kepada Allah.

Masjid adalah rumah Allah di bumi ini. 

Daripada Abdullah bin Mas’ud, Rasulullah s.a.w. bersabda ”Sesungguhnya rumah-rumah Allah di bumi ini adalah masjid-masjid, dan sesungguhnya hak (wajib) atas Allah untuk memuliakan orang yang menziarahinya di masjid-masjid.” (Riwayat Thabrani)

Majlis ilmu dan pengajian agama adalah majlis mengingati Allah. Adalah tidak wajar jika majlis ilmu di masjid dipenuhi dengan gelak ketawa, nyanyian atau muzik. Ketika para sahabat r.a. duduk dalam majlis ilmu yang dikendalikan oleh Rasulullah SAW, mereka mendengar dan menumpukan sepenuh perhatian hinggakan bunyi daun yang gugur pun dapat didengari.

Agama Islam ini suatu yang serius , bukan untuk seronok-seronok, main-main dan bukan untuk dapat wang atau harta. Penyampaian ceramah agama juga kenalah serius, tidakboleh banyak lawak jenaka dan gurau senda. 

Tertawa di dalam masjid merupakan kegelapan dalam kubur (Riwayat ad-Dailani melalui Anas r.a.)

Cubalah berjalan didalam rumah yang gelap tanpa menghidupkan lampu. Betapa susahnya.

Daripada Saib bin Yazib telah berkata : “ Saya pernah tidur di masjid, tiba-tiba ada seseorang melempar saya dengan anak batu, maka saya lihat yang melempar itu ialah Saidina Umar Al-Khattab (r.a). Lalu Umar (r.a) berkata : Bawalah dua orang itu kepadaku di sini !. Lalu saya pun bawakan kedua-dua orang itu kepadanya, maka dia bertanya kepada  mereka berdua : Siapakah kamu berdua?. Mereka menjawab : Kami dari Negeri Thoif Umar (r.a) berkata : Kalau kamu berdua ini berasal daripada negeri ini, pastinya aku sudah sakiti kamu berdua. Patutkah kamu mengangkat suara kamu di dalam masjid Rasulullah s.a.w?

Kemusykilan atau pertanyaan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: