Puasa, Haji dan Sembahyang Yang Tidak Diterima

Ibadah puasa sah jika cukup syaratnya tetapi tidak diterima atau tidak diberi pahala jika seseorang itu sengaja melakukan sesuatu yang membangkitkan nafsunya. Ibadat Haji pula tidak diterima Allah SWT jika seseorang itu melakukannya menggunakan harta yang haram. Ibadat sembahyang seorang lelaki yang memakai kain melebihi buku lali juga tidak diterima (tidak diberi pahala penuh) berdasarkan hadith nabi. Baca baki entri ini »

Advertisements

Pemantapan Hukum dan Ibadat Dalam Islam

Hukum Islam seperti pengharaman arak, muzik dan peraturan ibadat seperti sembahyang dan puasa dimantapkan secara beransur-ansur atau “step by step”. Pada permulaan Islam dibenarkan bercakap dalam sembahyang dan menjawab salam tetapi akhirnya dilarang. Begitu juga ibadat puasa, pada mulanya dibenarkan golongan kaya meninggalkan puasa dengan membayar fidyah kepada golongan miskin, tetapi akhirnya diwajibkan kepada semua golongan. Arak juga pada mulanya dibenarkan, kemudian dilarang bersembahyang dalam keadaan mabuk dan akhirnya diharamkan secara terus. Muzik juga dibenarkan pada permulaan Islam, sehingga turunnya larangan yang mengharamkannya. Begitu juga dengan hukum memakai kain labuh melebihi buku lali bagi lelaki. Baca baki entri ini »

Antara 3 Punca Doa Tidak Diterima

1) Berdoa dalam keadaan lalai. 2) Tidak menjaga makan-minum, pakaian dan sumbernya daripada perkara yang haram. 3) Tidak melakukan tugas dakwah. Baca baki entri ini »

Dikirim dalam Uncategorized. 1 Comment »

Kelebihan Hadir Solah Jumaat

Nabi s.a.w bersabda: “Apabila tiba hari Jumaat, ada pada tiap-tiap pintu masjid – Malaikat yang ditugaskan menulis orang yang datang sembahyang Jumaat seorang demi seorang; kemudian apabila imam duduk di atas mimbar, Malaikat-malaikat itu melipat lembaran-lembaran surat yang ditulisnya serta mereka datang mendengar khutbah.” (Abu Hurairah r.a). Baca baki entri ini »

Dikirim dalam Uncategorized. 1 Comment »

Rasulullah Contoh Ikutan Yang Berakhlak Mulia

Al-A’raf [158]…dan ikutilah dia, supaya kamu beroleh hidayat petunjuk. Baca baki entri ini »

Wasiat Yang Boleh Diubah

Kemudian sesiapa yang mengubah mana-mana wasiat sesudah dia mendengarnya, maka sesungguhnya dosanya hanya ditanggung oleh orang-orang yang mengubahnya; sesungguhnya Allah Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui. (Baqarah:181) Tetapi sesiapa yang mengetahui bahawa orang yang berwasiat itu tidak adil atau melakukan dosa (dalam wasiatnya), lalu dia mendamaikan antara mereka (waris-waris, dengan membetulkan wasiat itu menurut aturan agama), maka tidaklah dia berdosa. Sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani. (Baqarah:182) Baca baki entri ini »

Faraid Menggantikan Wasiat Kepada Keluarga

Ayat 180 surah Baqarah masih dibaca tetapi hukumnya telah dibatalkan dengan turunnya ayat berkaitan pusaka atau hukum Faraid Baca baki entri ini »