Jangan Cari Musuh, Tapi Pantang Lari Dari Musuh

Rasulullah s.a.w. bersabda ”Wahai manusia, janganlah kamu bercita-cita untuk bertemu musuh, tetapi apabila kamu bertemu musuh maka jangan lari (bertahanlah). Berdoalah meminta kesihatan dan apabila bertemu dengan mereka, maka bersabarlah. Dan ketahuilah oleh kamu bahawa syurga itu terletak di bawah bayangan pedang. Wahai Allah Tuhan yang menurunkan AlQuran, dan yang mengiringi awan serta yang menghancurkan golongan yang bersekutu (Ahzab), kalahkanlah mereka dan tolonglah kami dalam menghadapi mereka (Riwayat Bukhari dan Muslim)

Rasulullah mengatakan kepada seorang pemuda yang bercita-cita untuk bertemu dengan tentera musuh supaya “jangan mencari musuh tetapi jika musuh datang menyerang, janganlah lari.”

Anfal [15] Wahai orang-orang yang beriman! Apabila kamu bertemu dengan orang-orang kafir yang sedang mara menyerang, maka janganlah kamu berpaling undur dari menentang mereka.

Syurga itu terletak di bawah bayangan pedang

Ganjaran besar diberikan kepada mereka yang syahid dan terkorban di medan peperangan.

Orientalis Barat mengatakan bahawa Islam tersebar dengan mata pedang. Jika benar maka sudah tentu tidak ramai yang memeluk Islam sekarang dalam keadaan Islam tidak mempunyai kuasa atau kekuatan peperangan. Tambahan pula mereka yang sudah memeluk Islam tidak pula murtad atau kembali kepada agama asal mereka.

Sebenarnya Islam hanya memerangi kerana mereka telah diperangi terlebih dahulu. Golongan kafir turut membuat rancangan untuk membunuh Rasulullah s.a.w. dan merekalah yang mengundang peperangan.

 Tuhan yang yang menghancurkan golongan yang bersekutu (Ahzab)

Dalam takbir raya disebut ” Wahazamal Ahzab” bagi memperingati kemenangan tentera Islam menewaskan tentera kafir dalam peperangan Khandak atau perang parit atau perang Ahzab.

Advertisements
Dikirim dalam Uncategorized. 1 Comment »

Satu Respons to “Jangan Cari Musuh, Tapi Pantang Lari Dari Musuh”

  1. oviruses65@kiyaijr.com Says:

    Reblogged this on Oviruses 65.


Kemusykilan atau pertanyaan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: