Bekerja dan Berusahalah Untuk Keperluan Dunia dan Akhirat

Hadith daripada Anas r.a yang diriwayatkan oleh Ibn `Asakir, maksudnya “Tidaklah dikira baik sifat orang yang membelakangkan “keadaan hidupnya” di alam dunia ini kerana berusaha untuk kebaikan dan kebahagiaan akhiratnya semata-mata, juga tidak dikira baik sifat orang yang membelakangkan kewajipan akhiratnya kerana berusaha untuk “keadaan hidupnya” di alam dunia ini semata-mata; tetapi baiknya sifat seseorang apabila ia berusaha untuk “keadaan hidupnya” di alam dunia ini dan untuk kebaikan, kebahagiaan akhiratnya sama, kerana keadaan hidup di alam dunia ini sungguhpun telah ditetapkan Allah menjadi sebab yang menyampaikan seseorang kepada kebahagiaan akhiratnya tetapi janganlah seseorang membiarkan dirinya menjadi beban kepada orang lain menjaga “keadaan hidupnya” di alam dunia ini, bahkan hendaklah ia sendiri berusaha menjaganya”.

Firman Allah SWT dalam surah an-Nahl, ayat 93 yang bermaksud: “Dan sesungguhnya kamu akan ditanya kelak mengenai apa yang kamu kerjakan.”

Sabda Rasulullah SAW bermaksud: “Sesungguhnya Allah suka kepada seseorang daripada kamu yang melakukan kerja dengan tekun dan bersungguh-sungguh, dan untuk memperoleh (kejayaan) seperti inilah hendaknya yang beramal itu melahirkan amal usahanya yang bersungguh-sungguh.”

Carilah keperluan dunia supaya tidak menyusahkan orang lain, tidak perlu meminta sedekah, derma dan pertolongan orang lain. Dunia ini adalah jambatan yang menyampaikan kita ke akhirat. Ia juga tempat bercucuk tanam dan menyemai benih dan hasilnya dituai di negeri akhirat nanti.

Sayyidina Umar al Khattab r.a.  memahami bahawa dalam mencari kemudahan dan bekalan kehidupan dunia, manusia tidak boleh berserah kepada Allah tanpa berusaha. Dengan kefahaman ini, Umar telah memarahi orang Islam yang hanya duduk beribadah di dalam masjid tanpa keluar berusaha mencari rezeki bagi menyara diri dan keluarganya. Beliau telah mengungkap kata-kata yang kekal dalam catatan sejarah Islam yang unggul ‘Bagaimana kamu boleh hanya berserah diri kepada Allah sedangkan kamu tahu bahawa langit tidak akan menurunkan hujan emas atau perak‘.

Dikirim dalam Uncategorized. 1 Comment »

Satu Respons to “Bekerja dan Berusahalah Untuk Keperluan Dunia dan Akhirat”

  1. oviruses65@kiyaijr.com Says:

    Reblogged this on Oviruses 65.


Kemusykilan atau pertanyaan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: