Hari Kiamat atau Hari Kebangkitan Semula

Aku bersumpah dengan hari kiamat; (Qiyama:1) Dan Aku bersumpah dengan “Nafsul Lawwaamah” (bahawa kamu akan dibangkitkan sesudah mati)! (Qiyama:2)

Allah s.w.t. akan menurunkan hujan air (ma’ul-haya’) bagaikan mani lelaki pekatnya dan berwarna kekuningan seperti air benih perempuan untuk menghidupkan kembali manusia dan makhluknya setelah dimatikan kesemuanya.

Qaf [11]…dan lagi Kami telah hidupkan dengan air itu bumi yang mati; demikianlah pula keadaan keluarnya (orang-orang yang mati dari kubur setelah dibangkitkan hidup semula).

Fatir [9]…..lalu Kami hidupkan bumi sesudah matinya dengan (hujan dari awan) itu. Sedemikian itu pula kebangkitan manusia (hidup semula sesudah mati).

Setelah hujan selama sebulan siang dan malam, air masuk ke dalam bumi untuk memulihkan kembali manusia dengan air hujan yang masuk melalui tulang sulbi mereka (yang tidak dihancurkan).

Abu Hurairah meriwayatkan bahawa Rasulullah saw bersabda, “Semua bahagian tubuh anak Adam akan dimakan tanah kecuali tulang sulbi yang daripadanya ia mulai diciptakan dan darinya dia akan dibangkitkan“(Riwayat Bukhari, Nasa’i, Abu Dawud, Ibnu Majah dan Ahmad in Musnad-nya, dan Malik in kitab al-Muwaththa)

Di hari kiamat semua manusia, jin dan binatang dihimpunkan. Malaikat menyeru mereka ke Padang Mahsyar.

Ta-Ha [108] Pada hari itu mereka menurut seruan panggilan yang menyeru mereka dengan tidak dapat melencong dari menurutnya dan diam khusyuklah segala suara kepada Allah yang melimpah-limpah rahmatNya sehingga engkau tidak mendengar melainkan bunyi yang amat perlahan.

Dari Ibn Abbas r.a., katanya: Rasulullah s.a.w. telah berdiri berucap kepada kami, sabdanya: “Wahai sekalian manusia, sesungguhnya kamu dihimpunkan di padang Mahsyar dengan keadaan berkaki ayam, bertelanjang dan berkulup”, (kemudian Baginda s.a.w. membaca firman Allah Taala, ertinya: Sebagaimana kami ciptakan manusia pada mulanya, demikian pula Kami ulangi ciptaannya, itulah janji yang sesungguhnya Kami akan lakukan). “Ketahuilah, sesungguhnya orang yang mula-mula sekali diberi pakai pakaian pada – hari qiamat ialah Ibrahim al-Khalil a.s.

Advertisements

Kemusykilan atau pertanyaan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: