Beriman Kepada Segala Malaikat, Kitab dan Nabi

Bukanlah perkara kebajikan itu hanya kamu menghadapkan muka ke pihak timur dan barat, tetapi kebajikan itu ialah berimannya seseorang kepada Allah dan hari akhirat dan segala malaikat dan segala Kitab dan sekalian Nabi … (Baqarah:177)

Beriman Kepada Malaikat

Malaikat adalah makhluk Allah SWT yang diciptakan daripada cahaya dan pergerakannya sangat pantas. Ia tidak mempunyai jantina dan bersifat maksum (tidak melakukan dosa). Tidak makan, tidak minum dan tidak mempunyai isteri juga adalah sifat para Malaikat. Puasa yang cemerlang mampu menjadikan seseorang yang berpuasa mencapai makam (status) setaraf para Malaikat. Allah s.w.t sendiri juga tidak makan, tidak minum dan tidak berhajat kepada isteri.

Beriman Kepada Sekalian Nabi

Daripada 124,000 nabi, hanya 313 dilantik menjadi rasul. Daripada 313 ini 5 adalah Ulul-Azmi. Nabi Muhammad s.a.w statusnya adalah nombor satu  pada semua peringkat Nabi, Rasul dan Ulul-Azmi. Baginda adalah nabi dan rasul yang penghabisan.

Kedua-dua Nabi dan Rasul dipertanggungjawabkan untuk melakukan tugas dakwah iaitu menyampaikan kebenaran. Rasul bertanggungjawab untuk melaksanakan tugas dakwah serta diberikan kitab, manakala nabi juga berdakwah tetapi tidak diberikan kitab dan mereka menggunakan kitab yang diutuskan kepada para nabi sebelumnya. 4 kitab itu adalah Taurat, Zabur, Injil dan Al-Quran.

Sebahagian ulama berpendapat para nabi menggunakan risalah dalam menyampaikan dakwah mereka. Ada yang mengatakan terdapat 96 risalah dan ada yang mengatakan terdapat 100 risalah disamping 4 kitab yang besar itu.

Semua nabi itu utusan Allah dan Nabi Isa dan nabi-nabi lain adalah perintis dan mereka cuma diutuskan hanya untuk umat dan bangsanya sendiri. Nabi Muhammmad s.a.w. adalah nabi penutup, penghujung, muktamad. Baginda membawa rahmat sekelian alam. Ajaran Nabi Muhammad tetap relevan dan tidak expired dan dibawa untuk semua bangsa.

Al-A’raf [158] Katakanlah (wahai Muhammad): Wahai sekalian manusia! Sesungguhnya aku adalah Pesuruh Allah kepada kamu semuanya…

Beriman Kepada Segala Kitab

Terdapat 4 buah kitab yang wajib dipercayai iaitu Taurat, Zabur, Injil dan Al-Quran. Kesemuanya benar cuma yang terpakai hingga sekarang adalah Al-Quran.

As-Saff [6] : Dan (ingatlah juga peristiwa) ketika Nabi Isa Ibni Mariam berkata: Wahai Bani Israil, sesungguhnya aku ini Pesuruh Allah kepada kamu, mengesahkan kebenaran Kitab yang diturunkan sebelumku, iaitu Kitab Taurat dan memberikan berita gembira dengan kedatangan seorang Rasul yang akan datang kemudian daripadaku bernama: Ahmad

Katakanlah (wahai orang-orang yang beriman): Kami beriman kepada Allah dan kepada apa yang diturunkan kepada kami (Al-Quran) dan kepada apa yang diturunkan kepada Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail dan Nabi Ishak dan Nabi Yaakub serta anak-anaknya dan juga kepada apa yang diberikan kepada Nabi Musa (Taurat) dan Nabi Isa (Injil) dan kepada apa yang diberikan kepada Nabi-nabi dari Tuhan mereka; kami tidak membeza-bezakan antara seseorang dari mereka (sebagaimana yang kamu orang Yahudi dan Nasrani membeza-bezakannya) dan kami semua adalah Islam (berserah diri, tunduk taat) kepada Allah semata-mata. (Baqarah:136)

Advertisements

Kemusykilan atau pertanyaan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: