Hukum Air Laut dan Haiwan Di dalamnya

Abu Hurairah r.a. berkata “Seorang lelaki menanyakan kepada Rasulullah, katanya: Ya Rasulullah, kami biasa berlayar di lautan dan hanya membawa air sedikit. Jika kami pakai air itu untuk berwudhuk, akibatnya kami akan kehausan, maka bolehkah. kami berwudhuk dengan air laut? Berkatalah Rasulullah saw.:Laut itu airnya suci lagi menyucikan(2), dan bangkainya halal dimakan.(Muttafaq’ Alaih, diriwayatkan oleh Yang Berlima)

Air laut hukumnya suci dan boleh digunakan untuk berwuduk kerana ia adalah air yang mengalir. Jika terdapat najis sekalipun di dalamya ia tidak berada setempat dan akan dibawa arus.

Hadith Ibnu ‘Umar radhiyallahu ‘anhu, Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda:“Dihalalkan bagi kita dua jenis bangkai dan dua jenis darah. Dan dua jenis bangkai itu adalah bangkai ikan dan belalang. Manakala dua jenis darah itu pula adalah hati dan limpa.” (Hadis Riwayat Ahmad (no.5690)

Mazhab Syafie menghalalkan haiwan laut selain ikan seperti sotong, ketam dan udang. Cuma ketam nipah diharamkan keran ia juga hidup di daratan. Dalam mazhab Hanafi, mereka mengharamkan makan sotong kerana ia umpama tikus (tikus laut), jika tikus tidak boleh di makan di darat, maka ia juga tidak boleh di makan di laut. Sepanjang hayatnya Baginda Mulia cuma makan ikan sekali sahaja. Rasulullah SAW tidak makan makanan laut yang lain seperti sotong atau ketam

Advertisements

4 Respons to “Hukum Air Laut dan Haiwan Di dalamnya”

  1. Tanpa Nama Says:

    Pasi sotong halal atau haram

  2. zubir Says:

    Apa hukum makan sotong hidup-hidup, seperti yang selalu dilakukan di Korea & Jepun di mana, sotong tu masih bergerak-gerak walaupun di sudah di dalam mulut? Begitu juga dengan ikan yg masih digoreng badannya saja sedangkan siripnya masih bergerak2 ketika dihidangkan di atas meja pelanggan.


Kemusykilan atau pertanyaan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: