Niat dan Lafaz Takbir Sembahyang

Mazhab Syafie menjadikan niat itu sebagai salah satu daripada rukun sembahyang. Tempat berniat itu pula adalah semasa bertakbir dan ia dimasukkankan ke dalam takbir. Ini dipanggil “hulul”, dimana 2 rukun bercantum jadi 1. Perkara ini hanya terdapat dalam ibadat solat dan tiada dalam ibadat lain.

Mazhab Hanafi dan Hambali pula mengatakan niat itu pra-syarat untuk sembahyang (sebelum lafaz takbir “Allahuakbar”dan di luar dari sembahyang). Mereka berpendapat bahwa syarat bagi sesuatu berada di luar dari sesuatu. Niat solat berada diluar solat dan tanpa syarat tidak sah sesuatu ibadat.

Niat juga tidak boleh diselang-selikan dengan perkara yang membatalkan solat seperti makan, minum, dan sebagainya.

Lafaz Allahuakbar sebahagian dari solat atau syarat solat?

Dari Abu Hurairah r.a. katanya: Rasulullah s.a.w. bersabda “Apabila engkau berdiri untuk mengerjakan sembahyang…hendaklah engkau mengucapkan takbir – Allahuakbar

Dalam mazhab Syafie, Hambali, Maliki, lafaz Allahuakbar adalah sebahagian dari rukun solat.

Dalam mazhab Hanafi, lafaz Allahuakbar adalah di luar solat, prasyarat. Seperti dalam firman Allah, “Wazakaras marabbihi fasolla :

Al-A’la [15] Dan menyebut-nyebut dengan lidah dan hatinya akan nama Tuhannya serta mengerjakan sembahyang (dengan khusyuk).

Dalam ayat ini menyebut nama Tuhan “Allahuakbar” dan mengerjakan sembahyang adalah 2 perkara yang berbeza dan ditengahnya ada perkataan “serta”.

Kemusykilan atau pertanyaan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: