Sumpah dan Amalan Itu Bergantung Kepada Niat

Sumpah itu menurut niat orang yang menyuruh bersumpah (Riwayat Muslim)

Setiap sumpah yang dilafazkan itu mesti betul-betul mengikut niat orang yang menyuruhnya bersumpah. Misalnya jika disuruh bersumpah “Wallahi, saya tidak mencuri selipar”, maka orang yang bersumpah mesti melafazkannya beserta dengan niat yang sama. Jika niat dalam hatinya berbeza seperti “saya tidak mencuri kasut” dan bukannya selipar, maka sumpah itu dikira sebagai sumpah “lagha”.

Sumpah perlu disertai dengan niat, tanpa niat ia tidak sah dan cuma sekadar lafaz sumpah sahaja.

Baqarah [225] Allah tidak mengira kamu bersalah tentang sumpah kamu yang tidak dimaksudkan (untuk bersumpah), tetapi Dia mengira kamu bersalah (dan akan mengenakan hukuman) dengan sebab sumpah yang diusahakan (disengajakan) oleh hati kamu (dengan niat bersumpah) dan (ingatlah), Allah Maha Pengampun, lagi Maha Penyabar

Sumpah “lagha: ialaj sumpah yang tidak dimaksudkan untuk bersumpah. Tidak berdosa sumpah seperti ini, dalilnya seperti ayat 225 surah Al-Baqarah di atas.

Terdapat perbezaan tentang definisi sumpah lagha di antara mazhab Syafie dan Hanafi.

Mazhab Syafie: Lafaz sumpah tetapi tidak diniatkan untuk bersumpah seperti kebiasaan orang Arab atau Afghan berkata “Wallahi” (Demi Allah). Misalnya seorang Arab mengatakan “wallahi, ini minyak attar“. Pada orang Arab minyak attar adalah minyak wangi, sedangkan orang Melayu menyangka minyak attar itu minyak yang tiada alkohol. Tidak berdosa sumpah seperti ini.

Mazhab Hanafi: bersumpah diatas keyakinan hati benda itu betul tapi pada hakikatnya benda itu tidak betul. Misalnya kita tengok seseorang di satu tempat. Kita yakin orang itu ada disitu pada masa itu padahal sebaliknya (orang lain yang serupa berada disitu). Misalnya dengan berkata “Wallahi saya nampak Ahmad di KLCC pukul 5 petang tadi”.(padahal yang dilihat itu adalah orang lain yang seiras). Tidak berdosa sumpah seperti ini.

Berkata Saidina Umar Bin Al Khattab r.a. Rasulullah s.a.w. bersabda:

“Hanya sesungguhnya segala ‘Amalan itu dengan Niat, dan hanya sesungguhnya bagi seseorang itu apa yang diniatkan, (olehnya) siapa yang berhijrah (berpindah) kerana Allah S.W.T. dan Rasulnya s.a.w. maka hijrahnya itu tetap kerana Allah S.W.T. dan Rasulnya s.a.w. dan siapa yang berhijrah untuk mendapat habuan dari dunia, atau untuk perempuan yang hendak dinikahkannya, maka hijrahnya itu (tetap) kepada apa yang menyebabkan ianya berhijrah itu.
Hadith ini adalah Hadith Khabar Ahad (seorang perawi), hanya Sayyidina Umar sahaja yang mendengar sabdaan ini secara terus daripada Nabi s.a.w. Beliau bertanya kepada Rasulullah tentang pelbagai niat mereka yang berhijrah dari Mekah ke Madinah. Ada yang hijrah kerana Allah, ada yang hijrah kerana sebab lain seperti bisnes dan ada juga kerana ingin berkahwin. Sayyidina Umar menceritakan hadith ini kepada orang ramai semasa beliau menjadi khalifah dan diceritakan semasa berada berkhutbah di atas mimbar.

3 Respons to “Sumpah dan Amalan Itu Bergantung Kepada Niat”

  1. Munirah Says:

    Assalmualaikum minta pencerahan. Saya sungguh takut akan apa yang saya telah lafazkan dan sms kepada seseorang

    ~Demi Allah yang maha besar aku tidak akan terima kau disisiku semula jika kau tidak ada disini pada jam sekian, Aku bukan islam kalau aku terima kau kembali hukumnya jika terima dia kembali sedangkan dia tidak datang seperti yang ditetapkan?

    ~Adakah saya terkeluar dari agama islam disebabkan kata2 itu?
    ~Adakah saya terkelur dari islam jika saya terima dia kembali?

    Ketika itu saya dalam keadaan marah dan bersungguh sungguh mengatakan kepadanya dalam percakapan dan SMS. Allah saya teramat takut terlalu takut. Tolong saya


Kemusykilan atau pertanyaan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: