Kehendak Allah Mengatasi Kehendak Hati Manusia

Ketahuilah, bahawa di dalam diri anak Adam itu ada seketul daging, yang bila ianya baik maka baiklah seseorang itu, dan apabila buruk, maka buruklah amalan seseorang itu, ketahuilah, ia adalah hati” (Riwayat Muslim). …..dan ketahuilah bahawa sesungguhnya Allah berkuasa mengubah atau menyekat di antara seseorang itu dengan (pekerjaan) hatinya……. (Al-Anfal:24)

Hati manusia adalah umpama raja kepada seluruh anggota tubuh badannya. Apabila dalaman (hatinya) baik, maka baiklah luaran (perbuatan, perangai, pakaian dan amalan).

Walaupun hati manusia adalah raja kepada anggotanya,Allah tetap berkuasa menghalang kehendak hati manusia. Bukan semua kehendak hati manusia boleh dilaksanakan oleh anggotanya melainkan dengan izin Allah.

Bahkan hati kita juga tidak dapat mengingati Allah kecuali dengan kehendaknya.

Oleh itu sesiapa yang mahu (beringat) dapatlah dia mengambil peringatan daripadanya. (Al-Muddaththir:55)

Dan (dalam pada itu) tiadalah mereka dapat beringat melainkan jika dikehendaki Allah; Dialah Tuhan yang berhak dipatuhi perintahNya dan Dialah jua yang berhak memberi keampunan (kepada orang-orang yang beriman dan taat). (Al-Muddaththir:56)

Allah ada di antara manusia dan hatinya, juga sangat dekat dengan nyawanya..

Baqarah  [186] Dan apabila hamba-hambaKu bertanya kepadamu mengenai Aku maka (beritahu kepada mereka): Sesungguhnya Aku (Allah) sentiasa hampir (kepada mereka);

Qaf [16] Dan demi sesungguhnya, Kami telah mencipta manusia dan Kami sedia mengetahui apa yang dibisikkan oleh hatinya, sedang (pengetahuan) Kami lebih dekat kepadanya daripada urat lehernya,

Waqiah [85] Dan Kami lebih dekat kepadanya daripada kamu, tetapi kamu tidak melihat,

Kemusykilan atau pertanyaan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: