Hukum Qisas

Wahai orang-orang yang beriman! Diwajibkan kamu menjalankan hukuman “Qisas” (balasan yang seimbang) dalam perkara orang-orang yang mati dibunuh iaitu: Orang merdeka dengan orang merdeka dan hamba dengan hamba dan perempuan dengan perempuan….(Baqarah:178)

Maka sesiapa (pembunuh) yang dapat sebahagian keampunan dari saudaranya (pihak yang terbunuh), maka hendaklah (orang yang mengampunkan itu) mengikut cara yang baik (dalam menuntut ganti nyawa) dan (si pembunuh pula) hendaklah menunaikan (bayaran ganti nyawa itu) dengan sebaik-baiknya. Yang demikian itu adalah suatu keringanan dari Tuhan kamu serta suatu rahmat kemudahan…(Baqarah:178)

Hukum qisas dijatuhkan apabila seseorang membunuh dengan sengaja. Bagi pembunuhan secara tidak sengaja misalnya disebabkan accident (kemalangan), hendaklah memerdekakan seorang hamba atau membayar gantirugi kepada ahli keluarga si mati. Di Arab Saudi, dikenakan bayaran misalnya sebanyak 20,000 Riyal bagi kes kemalangan sebagai ganti rugi kepada keluarga si mati.

Dalam mazhab Hanafie, hukum qisas (bunuh balas) hanya dijatuhkan apabila seseorang itu membunuh dengan alat pembunuhan seperti pisau, pistol, parang, senapang dan sebagainya.

Dalam mazhab Syafie pula, hukum qisas dijatuhkan walaupun pembunuh hanya menggunakan tangan atau kakinya tanpa menggunakan senjata atau alat pembunuhan.

Bagi pembunuhan secara ilmu hitam pula, tidak dijatuhkan qisas dalam mazhab Hanafi, tetapi dikenakan qisas dalam mazhab Syafie.

……Sesudah itu sesiapa yang melampaui batas (untuk membalas dendam pula) maka baginya azab seksa yang tidak terperi sakitnya. (Baqarah:178)

Sekiranya tidak dijatuhkan hukuman qisas semasa di dunia, maka pembunuh itu akan dimasukkan ke dalam neraka Jahannam. Bagi orang Islam, mereka akan keluar dari neraka itu setelah tamat tempoh seksaan.

An-Nisaa [93] Dan sesiapa yang membunuh seorang mukmin dengan sengaja, maka balasannya ialah Neraka Jahannam, kekal (lama) dia di dalamnya dan Allah murka kepadanya dan melaknatkannya serta menyediakan baginya azab seksa yang besar.

Dan di dalam hukuman Qisas itu ada jaminan hidup bagi kamu, wahai orang-orang yang berakal fikiran, supaya kamu bertakwa. (Baqarah:179)

Dikirim dalam Uncategorized. 1 Comment »

Satu Respons to “Hukum Qisas”

  1. Rahsia Hebat Diranjang Says:

    Isu nie dah makin meluas di bincangkan .. terima kasih
    kepada admin blog nie… artikel awak menjelaskan hal nie
    dengan lebih baik… tahniah


Kemusykilan atau pertanyaan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: