Rasulullah dan Poligami

Bilangan isteri Nabi Muhammad s.a.w seramai dua belas orang telah mengundang kontroversi sesetengah pihak seperti orientalis Barat yang mengatakan Baginda mempunyai isteri yang ramai kerana nafsu seks yang terlalu kuat. Sedangkan daripada 12 orang isteri itu hanya 1 orang sahaja anak dara yang dikahwininya iaitu Aisyah r.a.

Selain itu kekuatan fizikal seorang Nabi bersamaan adalah kekuatan 40 lelaki. Seorang lelaki biasa dibenarkan berkahwin sehingga 4 orang perempuan, jadi secara logiknya jika Baginda mempunyai 40 kekuatan maka Baginda boleh berkahwin sehingga 480 orang (40 darab 4). Tetapi Baginda hanya berkahwin seramai 12 orang sahaja. Ketika kewafatan Baginda, hanya 9 orang isteri sahaja yang tinggal.

Siti Khadijah r.a. wanita pertama yang dikahwini Baginda adalah seorang janda. Suatu hari, Malaikat Jibril mendatangi Rasulullah s.a.w. (ketika Rasulullah s.a.w. melakukan Uzlah di gua Hira, dengan tujuan menyendiri serta menjauhi upacara penyembahan berhala dan kehidupan sesat penduduk Makkah selama sebulan penuh setiap tahun) dan berkata “Wahai Muhammad, sebentar lagi Khadijah akan membawakan makanan dan minuman untukMu. Kalau Ia datang, sampaikan kepadaNya salam dari ALLAH s.w.t dan diriKu”. Kemudian Rasulullah SAW bersabda :”Wahai Khadijah, ini Jibril menyampaikan salam kepadamu dari Tuhanmu.” Maka Khadijah r.a. menjawab: “Allah yang menurunkan salam (kesejahteraan), dari-Nya berasal salam (kesejahteraan), dan kepada Jibril semoga diberikan salam (kesejahteraan).”

Walaupun Rasulullah s.a.w. tidak diwajibkan membuat giliran ke atas isteri-isterinya, Baginda tetap membuat giliran sebagai contoh supaya diikuti oleh umatnya. Umat Nabi Muhammad s.a.w. yang berpoligami wajib menyempurnakan giliran iaitu giliran bermalam di rumah isteri-isteri mereka (tidak semestinya melakukan hubungan seks).

Engkau boleh menangguhkan sesiapa yang engkau kehendaki dari mereka dan engkau boleh mendamping sesiapa yang engkau kehendaki dan sesiapa yang engkau hendak mendampinginya kembali dari mereka yang telah engkau jauhi itu maka tidaklah menjadi salah bagimu melakukannya; kebebasan yang diberikan kepadamu itu (bila diketahui oleh mereka) adalah lebih dekat untuk mententeramkan hati mereka dan menjadikan mereka tidak berdukacita, serta menjadikan mereka pula reda akan apa yang engkau lakukan kepada mereka semuanya dan (ingatlah) Allah sedia mengetahui apa yang ada dalam hati kamu dan Allah adalah Maha Mengetahui, lagi Maha Penyabar. (Ahzab:51)

Walaupun Rasulullah s.a.w. tidak diwajibkan membuat giliran ke atas isteri-isterinya, Baginda tetap membuat giliran sebagai contoh supaya diikuti oleh umatnya. Umat Nabi Muhammad s.a.w. yang berpoligami wajib menyempurnakan giliran iaitu giliran bermalam di rumah isteri-isteri mereka (tidak semestinya melakukan hubungan seks).

Seorang suami tidak akan mampu berlaku adil seadil-adilnya dalam berpoligami sepertimana firman Allah swt:

An-Nisa [129] Dan kamu tidak akan dapat berlaku adil di antara isteri-isteri kamu sekalipun kamu bersungguh-sungguh (hendak melakukannya); oleh itu janganlah kamu cenderung dengan melampau (berat sebelah kepada isteri yang kamu sayangi) sehingga kamu biarkan isteri yang lain seperti benda yang tergantung (di awan-awan); dan jika kamu memperbaiki (keadaan yang pincang itu), dan memelihara diri (daripada perbuatan yang zalim), maka sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.

Daripada Abu Hurairah r.a. Nabi s.a.w. bersabda mafhumnya:

“Sesiapa yang mempunyai dua isteri, lalu dia condong (berat sebelah) terhadap salah seorang melebihi yang lain, maka dia datang pada hari kiamat dalam keadaan bahunya senget. Dalam riwayat yang lain: Bahunya jatuh.”

(HR al-Nasaai, jil 7, no 63, Abu Daud, al-Tirmizi, jil 3, no 447 dan Ibn Majah, jil 1 no 663.)

Kemusykilan atau pertanyaan