Sediakan Amalan Untuk Menghadapi Kegelapan Kubur

Berkata Jabir r.a daripada Nabi Muhammad s.a.w, Baginda bersabda, “Apabila mayat dimasukkan ke dalam kubur, diberi bayangan kepadanya (nampak pada pemandangannya) bahawa matahari telah hampir (benar) hendak ghurub (akhir waktu Asar, dan Munkar Nakir menyoalnya) dia duduk sambil menyapu kedua belah matanya, dan berkata (kepada Munkar dan Nakir) “biar saya sembahyang dulu”.

Kubur Itu Gelap

Tertawa di dalam masjid merupakan kegelapan dalam kubur (Riwayat ad-Dailani melalui Anas r.a.)

Cubalah duduk dalam bilik air yang tertutup dan gelap tanpa menghidupkan lampu. Betapa susahnya untuk bernafas dalam situasi itu.

Amalan dan Akidah Menjadi Teman dan Cahaya 

Daripada Anas b. Malik r.a., Rasulullah s.a.w. bersabda: “Tiga perkara mengiringi jenazah; dua daripadanya akan kembali manakala hanya satu akan tinggal bersamanya. Yang mengikutinya ke kubur ialah kaum kerabatnya, hartanya dan amalan-amalannya. Kaum kerabatnya dan hartanya akan pulang; hanya amalan yang tinggal bersamanya.(Riwayat Bukhari dan Muslim).

Dua perkara penting yang dapat menyelamatkan manusia di alam Barzakah ialah akidah dan amalan, terutamanya amalan sembahyang yang mencukupi. Manusia akan dibangkitkan semula mengikut akidah semasa mereka dimatikan.

Ibrahim [27] Allah menetapkan (pendirian) orang-orang yang beriman dengan kalimah yang tetap teguh dalam kehidupan dunia dan akhirat dan Allah menyesatkan orang-orang yang berlaku zalim (kepada diri mereka sendiri) dan Allah berkuasa melakukan apa yang dikehendakiNya.

Dalam satu riwayat disebut, Apabila seseorang sembahyang dengan tama’ninah, setelah selesai sembahyang keluarlah cahaya putih lalu berdoa “Semoga Allah selamatkan kamu sebagaimana kamu selamatkan aku”. Apabila seseorang itu sembahyang tanpa tama’ninah, setelah selesai sembahyang keluarlah cahaya hitam lalu berdoa “Semoga Allah mensia-siakan kamu sebagaimana kamu mensia-siakan aku”.

Selepas sessi soal jawab di dalam kubur oleh Malaikat Mungkar dan Nakir, sembahyang yang cantik akan menjelma dalam bentuk lembaga yang cantik rupanya dan bercakap dengan bahasa yang baik. Lalu simati bertanya “Siapakah kamu ini, sungguh cantik rupamu?” Lalu jawab lembaga itu “Akulah sembahyang kamu”

Sembahyang yang buruk pula akan menjelma dalam bentuk lembaga yang sangat hodoh rupanya dan bercakap dengan bahasa yang kasar. Lalu simati bertanya “Siapakah kamu ini, sungguh hodoh rupamu?” Lalu jawab lembaga itu “Akulah sembahyang kamu”

Dikirim dalam Uncategorized. 1 Comment »

Satu Respons to “Sediakan Amalan Untuk Menghadapi Kegelapan Kubur”

  1. JIWA HAMBA Says:

    Reblogged this on jiwa_hamba.


Kemusykilan atau pertanyaan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: