Faraid Menggantikan Wasiat Kepada Keluarga

Ayat 180 surah Baqarah masih dibaca tetapi hukumnya telah dibatalkan dengan turunnya ayat berkaitan pusaka atau hukum Faraid…. Baqarah [180] Kamu diwajibkan, apabila seseorang dari kamu hampir mati, jika dia ada meninggalkan harta, (hendaklah ia) membuat wasiat untuk ibu bapa dan kaum kerabat dengan cara yang baik (menurut peraturan agama), sebagai suatu kewajipan atas orang-orang yang bertakwa.

Ini adalah salah satu kaedah pembatalan hukum:

Apa sahaja ayat keterangan yang Kami mansukhkan (batalkan) atau yang Kami tinggalkan (atau tangguhkan), Kami datangkan ganti yang lebih baik daripadanya atau yang sebanding dengannya. Tidakkah engkau mengetahui bahawasanya Allah Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu? (Baqarah:106)

Wasiat hendaklah ditulis dan ada dokumen hitam-putih, ditulis sebelum kematian pewasiat, dan hanya boleh diwasiatkan kepada bukan pewaris, misalnya anak angkat ia dan tidak boleh melebihi satu pertiga harta peninggalan. Tidak boleh dibuat wasiat kepada pewaris atau ahli keluarga yang memang telah ada hak mengikut hukum faraid.

Hukum Faraid

Hukum faraid atau pusaka diterangkan dalam Surah An-Nisaa ayat 7, 11: 

Orang-orang lelaki ada bahagian pusaka dari peninggalan ibu bapa dan kerabat, dan orang-orang perempuan pula ada bahagian pusaka dari peninggalan ibu bapa dan kerabat, samada sedikit atau banyak dari harta yang ditinggalkan itu; iaitu bahagian yang telah diwajibkan (dan ditentukan oleh Allah). (Nisaa:7)

Allah perintahkan kamu mengenai (pembahagian harta pusaka untuk) anak-anak kamu, iaitu bahagian seorang anak lelaki menyamai bahagian dua orang anak perempuan. Tetapi jika anak-anak perempuan itu lebih dari dua, maka bahagian mereka ialah dua pertiga dari harta yang ditinggalkan oleh si mati dan jika anak perempuan itu seorang sahaja, maka bahagiannya ialah satu perdua (separuh) harta itu dan bagi ibu bapa (si mati), tiap-tiap seorang dari keduanya: Satu perenam dari harta yang ditinggalkan oleh si mati, jika si mati itu mempunyai anak. Tetapi jika si mati tidak mempunyai anak, sedang yang mewarisinya hanyalah kedua ibu bapanya, maka bahagian ibunya ialah satu pertiga. Kalau pula si mati itu mempunyai beberapa orang saudara (adik-beradik), maka bahagian ibunya ialah satu perenam. (Pembahagian itu) ialah sesudah diselesaikan wasiat yang telah diwasiatkan oleh si mati dan sesudah dibayarkan hutangnya. Ibu-bapa kamu dan anak-anak kamu, kamu tidak mengetahui siapa di antaranya yang lebih dekat serta banyak manfaatnya kepada kamu. (Pembahagian harta pusaka dan penentuan bahagian masing-masing seperti yang diterangkan itu ialah) ketetapan dari Allah; sesungguhnya Allah adalah Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana. (Nisaa:11)

Tentang Hibah

Jika harta itu diberikan kepada ahli keluarganya sebelum seseorang itu meninggal dunia, ia adalah pemberian yang dikenali sebagai Hibah. Dalam memberi hibah kepada anak-anak, seorang bapa hendaklah berlaku adil.

Al Nu`man bin Basyir ra. meriwayatkan: Bapaku memberi sedekah kepadaku sebahagian daripada hartanya. Lalu ibuku berkata: “Aku tidak suka dengan pemberian ini sehingga engkau persaksikan kepada Rasulullah saw terlebih dahulu. Lalu bapaku pergi memberitahu Rasulullah saw tentang sedekahnya kepadaku. Lalu Rasulullah saw bertanya: “Adakah engkau beri kepada semua anakmu pemberian seumpama itu? Jawabnya: “Tidak”. Sabda Rasulullah saw “Bertakwalah kepada Allah dan hendaklah berlaku adil terhadap anak-anakmu, lalu bapaku mengambil balik pemberian itu”.

Kemusykilan atau pertanyaan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: