Wasiat Yang Boleh Diubah

Kemudian sesiapa yang mengubah mana-mana wasiat sesudah dia mendengarnya, maka sesungguhnya dosanya hanya ditanggung oleh orang-orang yang mengubahnya; sesungguhnya Allah Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui. (Baqarah:181) Tetapi sesiapa yang mengetahui bahawa orang yang berwasiat itu tidak adil atau melakukan dosa (dalam wasiatnya), lalu dia mendamaikan antara mereka (waris-waris, dengan membetulkan wasiat itu menurut aturan agama), maka tidaklah dia berdosa. Sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani. (Baqarah:182)

Sekiranya wasiat yang dibuat itu melebihi dari satu pertiga, terpulang kepada pewaris, samada mereka hendak menyempurnakan wasiat tersebut, atau tidak. Wasiat yang dilakukan tidak boleh melebihi dari satu pertiga harta peninggalan simati.

Diriwayatkan daripada Saad bin Abu Waqqas r.a katanya: Pada waktu Haji Wida’ Rasulullah s.a.w menziarahiku ketika aku sedang sakit tenat. Waktu itu aku berkata: Wahai Rasulullah! Lihatlah keadaan aku yang berada dalam keadaan tenat ini sebagaimana yang kamu lihat, sedangkan aku ini seorang hartawan dan hanya seorang anak perempuan sajalah yang akan mewarisi harta saya. Adakah saya boleh mengeluarkan sedekah dua pertiga dari harta saya? Baginda menjawab: Tidak! Aku bertanya lagi: Bagaimana kalau sebahagiannya? Baginda menjawab: Tidak! Tetapi satu pertiga dan satu pertiga itu sudah banyak. Sesungguhnya jika kamu meninggalkan ahli warismu dalam keadaan kaya itu lebih baik daripada kamu meninggalkan mereka dalam keadaan papa dan meminta-minta kepada orang lain. (Riwayat Hadith al-Bukhari dan Muslim.)

Jika simati telah membuat wasiat tidak adil, atau haram, maka tidak wajib pewaris menyempurnakan wasiat tersebut. Tidak boleh dibuat wasiat kepada pewaris yang memang telah ada hak mengikut faraid.

Orang-orang lelaki ada bahagian pusaka dari peninggalan ibu bapa dan kerabat, dan orang-orang perempuan pula ada bahagian pusaka dari peninggalan ibu bapa dan kerabat, samada sedikit atau banyak dari harta yang ditinggalkan itu; iaitu bahagian yang telah diwajibkan (dan ditentukan oleh Allah). (Nisaa:7)

Tentang Wasiat

Wasiat merupakan satu hak yang wajib dilaksanakan selepas pemberi wasiat tersebut meninggal dunia dan sebelum harta pusaka dibahagikan kepada waris simati.:

An-Nisaa [12] ….sesudah ditunaikan wasiat yang mereka wasiatkan dan sesudah dibayarkan hutangnya.

Harta wasiat tidak boleh dituntut daripada pembuat wasiat sebelum beliau meninggal dunia.

Sekira pewaris tidak menyempurnakan wasiat simati, penerima wasiat berhak menuntut dari pewaris, atau menuntut hak mereka melalui mahkamah.

Wasiat boleh dibatalkan oleh pembuat wasiat sebelum beliau meninggal dunia atau ditukar dengan wasiat yang lain.

Wasiat hendaklah ditulis oleh pemberi ketika beliau membuat wasiat dengan saksi oleh 2 orang lelaki atau 1 lelaki, 2 perempuan.

Baqarah [282]…dan hendaklah kamu mengadakan dua orang saksi lelaki dari kalangan kamu. Kemudian kalau tidak ada saksi dua orang lelaki, maka bolehlah, seorang lelaki dan dua orang perempuan dari orang-orang yang kamu setujui menjadi saksi,….

Dalam mewasiatkan sesuatu harta, tidak perlu dilafazkan dalam majlis akad wasiat.

Harta yang diwasiatkan itu hendaklah kepunyaan mutlak hak pemberi wasiat dan halal pada hukum syarak.

Advertisements

Kemusykilan atau pertanyaan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: