Pemantapan Hukum dan Ibadat Dalam Islam

Hukum Islam seperti pengharaman arak, muzik dan peraturan ibadat seperti sembahyang dan puasa dimantapkan secara beransur-ansur atau “step by step”. Pada permulaan Islam dibenarkan bercakap dalam sembahyang dan menjawab salam tetapi akhirnya dilarang. Begitu juga ibadat puasa, pada mulanya dibenarkan golongan kaya meninggalkan puasa dengan membayar fidyah kepada golongan miskin, tetapi akhirnya diwajibkan kepada semua golongan. Arak juga pada mulanya dibenarkan, kemudian dilarang bersembahyang dalam keadaan mabuk dan akhirnya diharamkan secara terus. Muzik juga dibenarkan pada permulaan Islam, sehingga turunnya larangan yang mengharamkannya. Begitu juga dengan hukum memakai kain labuh melebihi buku lali bagi lelaki.

Bercakap dan Menjawab Salam Dalam Sembahyang

Hadis Abdullah Ibnu Mas’ud r.a katanya: Kami mengucapkan salam kepada Rasulullah s.a.w, pada waktu itu baginda sedang sembahyang. Baginda menjawab salam kami. Ketika kami kembali dari rumah Najasyi, kami sekali lagi mengucapkan salam kepada baginda. Tetapi kali ini baginda tidak menjawabnya iaitu selepas diturunkan ayat yang melarang dari bercakap semasa sembahyang. Lalu kami bertanya: Wahai Rasulullah! Bukankah kami pernah mengucapkan salam kepadamu ketika kamu sedang sembahyang dan kamu menjawab salam kami? Rasulullah s.a.w bersabda: Sesungguhnya di dalam sembahyang terdapat kesibukannya tersendiri.

Hadis Zaid bin Arqam r.a katanya: Kami pernah bercakap-cakap di dalam sembahyang. Seseorang itu boleh bercakap-cakap dengan temannya yang berada di sisi semasa sembahyang. Akhirnya diturunkan ayat yang bermaksud: Dirikanlah sembahyang kerana Allah dengan khusyuk. Jadi kami diperintahkan supaya diam dan tidak lagi bercakap-cakap semasa sembahyang.

Hukum Arak

Arak diharamkan secara berperingkat iaitu dalam 3 peringkat:

Baqarah [219] Mereka bertanya kepadamu (Wahai Muhammad) mengenai arak dan judi. Katakanlah: “Pada keduanya ada dosa besar dan ada pula beberapa manfaat bagi manusia tetapi dosa keduanya lebih besar daripada manfaatnya…

An-Nisaa [43] Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu hampiri sembahyang (mengerjakannya) sedang kamu dalam keadaan mabuk, hingga kamu sedar dan mengetahui akan apa yang kamu katakan…

Maidah [90] Wahai orang-orang yang beriman! Bahawa sesungguhnya arak, dan judi, dan pemujaan berhala, dan mengundi nasib dengan batang-batang anak panah, adalah (semuanya) kotor (keji) dari perbuatan Syaitan. Oleh itu hendaklah kamu menjauhinya supaya kamu berjaya…

Muzik.

Pada permulaan Islam, Baginda tidak melarang muzik kerana belum turunnya larangan seperti dalam hadith shahih dalam riwayat Bukhari dan Muslim bahawa Abu Bakar pernah masuk ke rumah Aisyah untuk menemui Nabi saw., ketika itu ada dua hamba wanita di sisi Aisyah yang sedang menyanyi, lalu Abu Bakar mengherdiknya serta berkata: “Apakah ada seruling syaitan di rumah Rasulullah?” Kemudian Rasulullah saw. menjawab: “Biarkanlah mereka, wahai Abu Bakar, sesungguhnya hari ini adalah hari raya.

Sebenarnya pada masa itu hukum-hakam Islam masih belum mantap. Semasa Nabi berada di Mekah, fokusnya ialah kepada akidah. Hukum-hakam dimantapkan hanya setelah nabi berhirah ke Madinah. Ia dibenarkan sebelum turunnya larangan berkenaan muzik.

Hadis dari Ibnu Abbas, Rasulullah s.a.w. bersabda “Sesungguhnya Allah Subhanahu wa Ta’ala mengharamkan khamr, judi dan gendang.” (Hadis riwayat Abu Daud, Baihaqi dan Ahmad)

Rasulullah s.a.w. diutuskan untuk memusnahkan alat muzik. Ahmad bin Mani‘ Al-Harits Ibnu Abu Usamah meriwayatkan dengan lafaz: Maksudnya:

“Bahawa Allah ‘Azza wa Jalla telah membangkitkan saya (menjadi Nabi) dengan membawa rahmat dan hidayat kepada sekalian alam dan Allah telah memerintahkan saya menghapuskan mazamir, ma‘azif (alat bunyi-bunyian)…………(hingga akhir hadith)

Diriwayatkan daripada Abu Umamah Radhiallahu ‘anhu telah bersabda Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam 

“Bahawa Allah Azza wa Jalla telah membangkitkan saya menjadi Nabi dengan membawa hidayat dan rahmat kepada orang-orang mukminin dan Allah telah memerintahkan saya menghapuskan alat ma‘azif (alat bunyi-bunyian) dan alat-alat mazamir (seperti seruling) dan alat-alat awtar (bunyi-bunyian bertali)……… (Hadis riwayat Abu Daud dan At-Thayalisy)

Disebut dalam hadith “Akan ada di kalangan umatku sejumlah kaum yang menghalalkan zina, sutera, khamr, alat muzik …..” (Hadis sahih al-Bukhari)

“Sesungguhnya Allah telah mengharamkan atas umatku, khamr, judi. minuman keras dari perahan gandum dan kuubah (gendang) dan qinnin (drum). Dan menambahkan untukku solat witir.” (Shahih al-Jami’)

Kemusykilan atau pertanyaan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: