Puasa, Haji dan Sembahyang Yang Tidak Diterima

Ibadah puasa sah jika cukup syaratnya tetapi tidak diterima atau tidak diberi pahala jika seseorang itu sengaja melakukan sesuatu yang membangkitkan nafsunya. Ibadat Haji pula tidak diterima Allah SWT jika seseorang itu melakukannya menggunakan harta yang haram. Ibadat sembahyang seorang lelaki yang memakai kain melebihi buku lali juga tidak diterima (tidak diberi pahala penuh) berdasarkan hadith nabi.

Wahai orang-orang yang beriman! Kamu diwajibkan berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang yang dahulu daripada kamu, supaya kamu bertakwa. (Baqarah:183)

Matlamat ibadat puasa bukanlah sekadar meninggalkan makan dan minum, tetapi fokusnya adalah untuk melemahkan nafsu yang buruk dan seterusnya mendampingi Allah s.w.t.

Puasa dapat meredakan janaan nafsu dan mengurangkan nafsu kerana kurangnya makanan yang masuk kedalam badan dan darah.

Hasil dari puasa ialah takwa (takut kepada Allah).orang yang berpuasa juga mampu mendampingi Allah dengan cara meninggalkan makan, minum, percampuran pada waktu siang hari dan segala perbuatan yang boleh menaikkan nafsu samada melalui penglihatan (mata) percakapan (mulut), pendengaran (telinga) atau pergerakan (tangan dan kaki).

Melihat dengan nafsu membatalkan pahala puasa. (Hadith daripada Anas)

Syarat sah puasa hanyalah menahan daripada makan, minum, persetubuhan tetapi syarat untuk puasa itu diterima oleh Allah SWT ialah menahan nafsu. 

Haji

Ibadat haji juga tidak diterima oleh Allah SWT jika dilakukan menggunakan harta yang haram.

Apabila seorang anggota jamaah haji berangkat dengan harta haram dan mengenjakkan kaki di kenderaannya kemudian dia membaca Labbaik allahumma labbaik, maka ada suara (jawaban) dari langit: “Tidak ada labbaik dan tidak ada sa’daik (kebahagiaan) bagimu kerana bekalmu haram, kenderaanmu haram, hajimu penuh dosa, tidak diterima (tertolak)”

Allah itu bersih dan suci, Allah tidak terima benda yang tidak bersih. Tidak boleh mendampingi Allah dengan duit yang haram.

Dari Abu Hurairah r.a katanya,:Rasulullah SAW bersabda:”Hai manusia! Sesungguhnya Allah itu baik. Dia tidak menerima sesuatu melainkan yang baik. …

Yang paling penting pastikan duit untuk buat haji adalah dari sumber yang halal. Dalam hadith disebut “Siapa buat haji dengan duit yang halal, tidak celupar mulutnya, tidak bercakap perkara keji, tidak bergaduh dan tidak bercakap perkara yang menaikkan nafsu, dia akan pulang dengan haji yang mabrur. Dalam hadith yang lain, “Haji mabrur itu tiada lain ganjarannya kecuali syurga.” (Hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Sembahyang

Berkata Abu Hurairah r.a, Rasulullah saw bersabda, sesungguhnya Allah s.w.t. tidak terima solah seseorang lelaki yang melabuhkan kain (bawahan)nya.

Berkata Abu Hurairah r.a, satu ketika seorang lelaki bersolah, kain yang dipakainya labuh. Rasulullah s.a.w. menyuruhnya pergi berwuduk semula, maka orang itu pun pergi. Kemudian itu ia datang, bertanya seorang lelaki (sahabat) katanya, wahai Rasulullah apakah sebabnya tuan menyuruhnya berwuduk (semula). Sabdanya (jawab) sesungguhnya ia telah bersolah (dalam keadaan) kain yang dipakainya itu labuh, dan sesungguhnya Allah (swt) tidak menerima solah seseorang lelaki yang kainnya labuh.

Timbul persoalan dari hadith di atas, mengapa lelaki itu disuruh berwuduk sedangkan wuduknya tidak batal. Sebenarnya tujuan disuruh berwuduk itu adalah untuk membersihkan dosanya memakai kain yang labuh.

Kebanyakan ulama berpendapat lelaki yang bersembahyang dengan memakai kain menutupi buku lali tidak diterima sembahyangnya. Cuma seorang ulama dari India berpendapat bahawa “tidak diterima solah” itu bermaksud “tidak diterima untuk diberi pahala penuh”. Oleh itu berhati-hatilah agar sembahyang kita diterima Allah s.w.t. dan lipatlah kain seluar agar tidak menutupi buku lali. Namun memakai stokin tidak menjadi masalah kerana ia bukanlah pakaian yang dipakai daripada atas, larangan ini hanya untuk seluar atau kain bahagian atas.

Advertisements

6 Respons to “Puasa, Haji dan Sembahyang Yang Tidak Diterima”

  1. Ingin tahu Says:

    Assalamualaikum ustaz,
    Saya ada mengalami buang angin sehingga menyukarkan untuk saya bersolat. Ada masanya saya terpaksa berwuduk 2 – 3 kali untuk satu kali solat fardhu. Apabila sedang bersolat, sering saya terpaksa lakukannya dengan kelam kabut kerana terpaksa menahan buang angin. Bila tak solat, jarang buang angin. Perkara ini sudah berlaku bertahun-tahun lamanya. ( tetapi ada masanya juga saya dapat bertahun wuduk sehingga berejam ) Apakah nasihat Nabi pada mereka yang banyak buang angin sehingga menyukarkan mereka bersolat?

  2. md.hatta bin mohamed Says:

    salam,saya ingin melakukan solat yg telah saya tinggal bertahun lamanya..bagaimana cara sy ingin membayar “hutang” sy itu?tlg ustaz perjelaskan,,kerana sy rs berdosa slagi sy dpt mmbyrnya…

    • sulaiman Says:

      Salam.. buatlah kira-kira dan agak-agaklah bilangan sembahyang yang ditinggalkan dan gantilah. Misalnya kalau tertinggal selama 5 tahun, maka setiap kali selepas solat fardu lakukan solat qada. Lakukan selama 5 tahun.

      Setidak-tidaknya kita sudah mengganti sebahagian sembahyang yang ditinggalkan. Kalau meninggal dunia sebelum cukup bilangan sembahyang untuk diganti, moga-moga dimaafkan Allah.


Kemusykilan atau pertanyaan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: