Larangan Melintasi Orang Sedang Sembahyang

Sabda Nabi s.a.w “Sekiranya seorang yang melalui di hadapan orang yang sedang bersolat ini mengetahui apa jenis dosanya (lalu di hadapan orang solat) nescaya untuk berhenti menunggu empat puluh lebih baik dari lalu di hadapan orang solat ini, berkata perawi : aku tidak tahu samada Nabi menyebut EMPAT PULUH hari atau bulan atau tahun” ( Riwayat Al-Bukhari)

Melintasi atau memotong orang yang sedang bersembahyang adalah menyerupakan satu perbuatan yang tidak baik, perbuatan tersebut adalah dilarang keras oleh agama Islam. Pada permulaan Islam batal sembahyang seseorang sekiranya ada orang lain, anjing, keldai, perempuan yang melintas di hadapan mereka yang sedang sembahyang. Namun akhirnya hukum ini dibatalkan dan tidak batal sembahyang itu sebaliknya dosa ke atas orang yang melintas.

Mereka yang melakukan perbuatan tersebut boleh dianggap ia tidak menghormati orang yang sedang bersembahyang, mungkin juga dianggap ia tidak menghormati Allah (swt) yang disembah oleh orang yang sedang bersembahyang itu.

Rasulullah saw telah mengajar orang yang bersembahyang khasnya di tempat-tempat yang terbuka, supaya mereka mendirikan satu tanda bagi menunjukkan kawasan yang sedang digunakan olehnya, dan mereka jangan diganggu.

Sabda Nabi s.a.w “Apabila seorang kamu sedang solat dan mempunyai sutrah menghalangnya, dan jika tiba-tiba ada orang yang ingin mencerobohi hadapannya maka hendaklah dia menegahnya, jika ia (yang ingin menyeberang) enggan berhenti, hendaklah kamu bersungguh menghalangnya kerana ia adalah Syaitan” ( Riwayat Al-Bukhari)

Kemusykilan atau pertanyaan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: