Adab Berkawan

1) Tidak berlebih-lebihan menyayangi 2) Menyayangi semata-mata kerana Allah 3) Mendoakan kawan tanpa pengetahuannya. 4) Bersahabat dengan orang yang menjaga agamanya. 5) Hindarkan dari dari berkawan dengan mereka yang tidak mengambil berat tentang Islam, melanggar pantang larang Islam kecuali untuk tujuan berdakwah kepadanya

Rasulullah saw bersabda, kasihilah seseorang secara sederhana sahaja, siapa tahu suatu hari nanti dia akan menjadi musuhmu, dan bencilah orang yang engkau benci secara sederhana sahaja, siapa tahu suatu hari nanti dia akan menjadi kawanmu (Riwayat Tirmidzi)

Kata pepatah Melayu “Buat baik berpada-pada“. Dalam hadith yang lain disebut: “Sebaik-baik perkara ialah yang sederhana” (Riwayat Ahmad).

Daripada Abu Darda’ RA bahawa dia mendengar Nabi Muhammad SAW bersabda yang maksudnya : “ Tidaklah berdoa seorang muslim terhadap saudaranya secara ghaib (tanpa diketahui oleh saudaranya itu) melainkan akan berkatalah para malaikat, engkau juga beroleh yang seumpama dengannya.” (Riwayat Muslim).

Dalam satu riwayat lain juga daripada Abu Darda’ RA, Rasulullah SAW bersabda maksudnya : “Doa seorang muslim kepada saudara muslimnya secara ghaib (tanpa pengetahuan saudaranya) adalah mustajab (diterima), di sisi kepalanya malaikat yang diutus Allah setiap kali dia mendoakan saudara muslimnya dengan doa yang baik, dan berkatalah malaikat itu, amin!, engkau juga beroleh manfaat yang sama.” (Riwayat Muslim).

Daripada Ibnu Umar RA, Rasullulah SAW bersabda yang bermaksud : “Doa yang paling segera dimakbulkan ialah doa secara ghaib (tanpa pengetahuan orang yang didoakan itu).” (Riwayat Abu Daud dan Tirmidzi).

Rasulullah s.a.w bersabda: “Orang yang menyayangi satu sama lain semata-mata kerana Allah akan berada di atas kursi yang diperbuat dari yaqut (delima) di keliling arasy

Orang Islam kena sayang antara satu sama lain. Menyayangi satu sama lain semata-mata kerana Allah ialah berkawan tanpa kepentingan peribadi (untuk mendapatkan sesuatu) atau kerana nafsu (contohnya sama-sama meminati perkara yang tidak baik seperti judi).

Rasululah saw yang bermaksud: “ Seseorang itu adalah mengikut agama temannya, oleh itu hendaklah seseorang itu meneliti siapa yang menjadi temannya” (H.R Abu Daud). Bak kata pepatah Arab, “ Bersahabat dengan penjual minyak wangi, kita akan menerima percikan wangiannya, manakala bersahabat dengan tukang besi, percikan apinya akan mencarikkan baju kita.”

Advertisements
Dikirim dalam Uncategorized. 1 Comment »

Satu Respons to “Adab Berkawan”

  1. Abdullah Says:

    Bagi no. 5 menjadi satu persoalan.. Allah tidak melarang menjadi kawan kepada orang yg tidak mengambil berat ttg Islam. Allah hanya melarang menjadikan kawan rapat.

    “Sesungguhnya Allah hanyalah melarang kamu daripada menjadikan teman rapat orang-orang yang memerangi kamu kerana agama (kamu)” (Mumtahanah 60:9)

    Ertinya, jika tidak memerangi agama, masih boleh diterima sebagai kawan. Seorang mukmin adalah cermin kepada mukmin yang lain.

    “Bantulah saudaramu yang zalim dan yang dizalimi.” (Al-Bukhari)


Kemusykilan atau pertanyaan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: