Soal Hati dan Keikhlasan Niat

Dalam sebuah hadith disebut “Niat itu kerja hati”. Niat ialah keazaman hati yang kuat untuk melakukan sesuatu amalan. Sesuatu amalan itu diberi pahala hanya jika disertai dengan niat yang ikhlas dan semata-mata kerana Allah SWT. Tanpa niat yang ikhlas, amalan itu tidak mendapat pahala. Jika berniat untuk melakukan sesuatu kebaikan tapi tidak dilakukan masih diberikan 1 pahala. Sebaliknya jika dilakukan kebaikan itu diberikan pahala di antara 10 kali ganda (minima) sehingga 700 kali ganda, bergantung pada tahap keikhlasan niat. Jika berniat untuk melakukan sesuatu kejahatan tapi tidak dilakukan juga diberikan 1 pahala. Sebaliknya jika diteruskan kejahatan itu akan dibalas dengan 1 dosa.

Semata-mata Kerana Allah SWT

Untuk selamat di akhirat, kita hendaklah sengaja beribadat iaitu melakukannya semata-mata kerana Allah.  Ulama terdahulu mengajar kita berniat “Sengaja aku sembahyang kerana Allah” supaya kita mengikhlaskan atau melakukan sembahyang secara sukarela, daripada kehendak hati dan bukannya kerana paksaan. Allah akan membalas amalan orang Islam yang dilakukan semata-mata untukNya.

“Dan tidak ia (Allah S.W.T.) menanggung budi sesiapa pun, (dengan amalan mereka) yang patut dibalas, melainkan (bagi) yang hanya mengharap keredhaan tuhannya yang Maha Tinggi, dan sesungguhnya ia akan dipuaskan hatinya. (Dengan dikurniakan apa yang diharapkan dari Allah S.W.T.)” [Surah al-Lail ayat 19-21].

Orang Islam disuruh melakukan ibadah dengan niat yang ikhlas kerana Allah semata-mata. Ikhlas adalah perasaan hati. Kita tidak dibenarkan menggunakan ibadat kepada Allah untuk tujuan lain misalnya untuk menunjuk-nunjuk, inilah dinamakan riak.

Pada hal mereka tidak diperintahkan melainkan (hanya) supaya menyembah Allah S.W.T. dengan mengikhlaskan Ibadat kepadanya, lagi teguh di atas kesucian batin (Tauhid) dan seterus ayat tersebut.”
(Surah al-Bayyinah, ayat 5)

…..Oleh itu, sesiapa yang percaya dan berharap akan pertemuan dengan Tuhannya, hendaklah dia mengerjakan amal yang soleh dan janganlah dia mempersekutukan sesiapapun dalam ibadatnya kepada Tuhannya [ Al-Kahfi 110]

Gandaan pahala mengikut keikhlasan niat

Setiap perbuatan baik dibalas pahala yang setaraf dengannya. Jikalau niat untuk melakukan kebaikan tapi tidak dilakukan dapat 1 pahala. Jika dilakukan 1 kebaikan diberi 10 pahala beserta dengan pahala niat, maka jumlahnya 11 pahala.

Ada kemungkinan diberi pahala sehingga 50, 100, 700, 1000 kali ganda pahala.  Balasan amalan itu dinilai dari segi keikhlasan niatnya. Semakin ikhlas semakin besarlah balasannya. Di dalam hadis:-

Sesungguhnya Allah S.W.T. merekodkan (segala) pahala kebaikan dan dosa kejahatan, sehingga Baginda Mulia (Nabi Muhammad s.a.w.) menerangkan, Siapa (orang Islam) yang berazam melaku (mengerjakan) kerja yang baik tidak ia lakukan, Allah S.W.T. memberi baginya 1 pahala kebajikan yang penuh, tapi jika ia berazam dan melakukannya, Allah memberi ia 10 pahala kebajikan yang penuh sehingga 700 kali ganda, dan sehingga lebih banyak lagi, dan jika sesorang orang Islam berazam hendak melakukan sesuatu kerja jahat (yang berdosa) tidak ia lakukannya, Allah mengurniakannya 1 pahala kebajikan yang penuh, tapi jika ia berazam dan melakukannya, Allah menulis dosa satu kejahatan yang penuh, dan tidak binasa seseorang itu disisi Allah S.W.T. melainkan orang yang telah ditakdir binasa (Bukhari, Muslim – Jamek Saghir 1/270)

Advertisements

Kemusykilan atau pertanyaan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: