Banyakkan Sujud (Sembahyang), Gugur Dosa, Masuk Syurga

Rasulullah SAW bersabda: “Wahai Rabi’ah, mintalah kepadaku”. Aku berkata: “Wahai Rasulullah biar aku fikirkan sebentar. Lalu aku mengingat-ingat dunia serta kefanaannya sehingga aku berkata: “Aku tidak akan meminta kecuali akhirat. Kemudian aku mendatangi Baginda SAW dan berkata: “Aku meminta supaya aku boleh menemanimu di syurga. Rasulullah SAW bersabda: “Wahai Rabi’ah adakah yang selain dari itu? Aku menjawab: Itu saja. Maka Rasulullah SAW bersabda lagi: Berjanjilah untuk kamu mengendalikan hawa nafsumu dan banyakkan sujud (nescaya kamu akan menemaniku di syurga).” (Muslim) Juga diriwayatkan oleh Abdullah bin Amru bahawa Baginda bersabda: Apabila seorang hamba bersembahyang, dibawa dosa-dosanya lalu diletakkan di atas kepalanya ataupun tengkuknya, maka setiap kali dia ruku’ atau sujud, maka gugurlah dosa itu daripadanya.


Satu hari Rasulullah pada musim luruh s.a.w. berjalan bersama sahabat, lalu daun gugur ke bumi. Baginda berkata “Dosa gugur sama seperti gugurnya daun dari pokoknya”

Abu Usman r.a berkata, “Pada suatu hari Salman r.a dan aku sedang duduk di bawah sepohon kayu. Beliau ambil sebatang ranting kering dari pohon tersebut lalu menggoncang-gongcangkannya hingga kesemua daunnya gugur. Kemudia kata beliau padaku, “Hai Abu Usman! Mengapa kamu tidak tanya aku kenapa aku berbuat demikian ini?” Sahutku, “Sila khabarkanlah padaku.” Kata beliau, “Beginilah Rasulullha s.a.w. lakukan dihadapanku semasa ku bersamanya di bawah sepohon kayu. Baginda ambil ranting kering pohon tersebut lalu menggoncang-goncangkannya hingga kesemua daunnya gugur seraya Baginda s.a.w bersabda, “Wahai Salman! mengapa kamu tidak tanya kenapa aku buat demikian ini?” Sahutku, “Silakan khabarkanlah padaku kenapa Baginda buat begini.” Sabda Baginda s.a.w. “Bahawasanya apabila seorang Islam mengambil wudhu dengan sempurna, kemudian dia laksanakan solat lima kali sehari, maka dosa-dosanya gugur seperti mana daun-daun ini gugur.” Lantas Baginda s.a.w membaca ayat Al-Quran (yang mafhumnya),

”Dirikanlah solat pada kedua tepi siang (pagi dan petang) dan pada bahagian permulaan daripada malam, sesungguhnya perbuatan yang baik itu menghapuskan perbuatan-perbuatan yang buruk (dosa); itulah peringatan bagi orang-orang yang mahu ingat” (Surah Hud, Ayat 114)

3 Respons to “Banyakkan Sujud (Sembahyang), Gugur Dosa, Masuk Syurga”

  1. JIWA HAMBA Says:

    Reblogged this on .

  2. Siti Rahmah Hassan Says:

    Assalamualaikum,   Saya ingin bertanya,apakah hukumnya bagi seseorang mukmin yang menunaikan solat 5 waktu tetapi masih melakukan maksiat dan zina adakah solatnya itu diterima Allah S.W.T.   Sekian,   Kaum Hawa.

    • sulaiman Says:

      Waalaikummussalam.. solat itu sah dan diterima jika sempurna syaratnya, cuma tidak cukup “power” untuk mencegahnya dari melakukan perkara mungkar.
      Jika kita sembahyang dan masih melakukan perkara terkeji, bermakna sembahyang kita masih lagi tidak betul. Maka perbaikilah sembahyang kita melalui pembelajaran secara majlis ilmu dan boleh juga meminta guru-guru “check” sembahyang kita.


Kemusykilan atau pertanyaan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: