Ujian Ke Syurga: Rukun Islam dan Rukun Iman

Untuk masuk ke syurga pelbagai ujian harus dilalui. Ujian pertama ialah ujian keimanan iaitu 6 rukun iman yang terdiri dari 4 perkara ghaib dan hanya 2 perkara yang zahir (nampak pada penglihatan) iaitu kitab dan nabi (umat terdahulu boleh melihat para Nabi mereka). Seterusnya manusia diuji dengan ujian Islam seperti yang terkandung dalam 5 Rukun Islam iaitu mengakui Allah itu tuhan, Nabi Muhammad itu Rasul dan apa yang dibawanya adalah benar, mendirikan sembahyang dan berpuasa di bulan Ramadhan, menunaikan zakat dan mengerjakan haji bagi yang berkemampuan.

Rukun Iman.

Ketika Jibril A.S. bertanya kepada Baginda Rasulullah S.A.W tentang iman maka Rasulullah S.A.W menerangkannya yang bermaksud: ” Iman itu ialah engkau beriman kepada Allah, Malaikat-malaikatnya,Kitab-kitabnya, Rasul-rasulnya,serta Hari Akhirat; dan engkau beriman kepada takdir ( yang ditentukan oleh Allah )- Baiknya dan buruknya…” ( Riwayat Muslim )

Daripada 6 rukun iman ini, 4 adalah perkara yang ghaib dan hanya 2 perkara yang boleh dilihat iaitu kitab-kitab dan rasul (para sahabat boleh melihat Rasulullah). Iman itu letaknya di hati.

1. Beriman kepada Allah.

Oleh kerana kita tidak mengenal Allah secara zahir, maka kita hanya boleh mengenalinya melalui sifat-sifatnya. Misalnya melalui belajar sifat 20 atau sifat 13.

Allah itu Wujud iaitu ada, ada yang “sediakala” dari dulu lagi (Qidam), dan adanya Allah itu kekal selama-lamanya (Baqa‘). Adanya Allah itu tidak serupa dengan makhluk (Mukholafatuhu lil hawadis). Adanya Allah itu dengan sendiri (Qiyamuhu bi nafsihi) dan Allah itu tunggal (Wahdaniyyah), pada zahir dan pada akal manusia, yang memiliki sifat-sifat yang lain yang baik dan sempurna. Mustahil Allah memiliki sifat yang tidak sempurna seperti buta.

2. Beriman kepada Malaikat.

Ulama berpendapat setiap manusia ada 5 malaikat. Hanya Allah yang mengetahui bilangan sebenar malaikatnya

Dan (ketahuilah bahawa hikmat) Kami tidak menjadikan pengawal-pengawal Neraka itu melainkan (dari kalangan) malaikat, (kerana merekalah sekuat-kuat dan sebenar-benar makhluk yang menjalankan perintah Kami) dan (hikmat) Kami tidak menerangkan bilangan mereka melainkan dengan satu bilangan yang menyebabkan kesesatan dan kesengsaraan orang-orang kafir itu, supaya orang-orang yang diberi Kitab (Yahudi dan Nasrani) boleh percaya dengan yakin (akan kebenaran Al-Quran) dan supaya orang-orang yang beriman bertambah imannya dan juga supaya orang-orang yang diberi Kitab dan orang-orang yang beriman itu tidak ragu-ragu (tentang kebenaran keterangan itu) dan (sebaliknya) supaya orang-orang (munafik) yang ada penyakit (ragu-ragu) dalam hatinya dan orang-orang kafir berkata: Apakah yang di maksudkan oleh Allah dengan menyebutkan bilangan ganjil ini? Demikianlah Allah menyesatkan sesiapa yang dikehendakiNya (menurut undang-undang peraturanNya) dan memberi hidayat petunjuk kepada sesiapa yang dikehendakiNya (menurut undang-undang peraturanNya) dan tiada yang mengetahui tentera Tuhanmu melainkan Dialah sahaja. Dan (ingatlah, segala yang diterangkan berkenaan dengan) Neraka itu tidak lain hanyalah menjadi peringatan bagi manusia. [Al-Muddathir 31]

3. Beriman kepada Kitab-Kitab.

Terdapat 4 buah kitab yang wajib dipercayai iaitu Taurat, Zabur, Injil dan Al-Quran. Kesemuanya benar cuma yang terpakai sekarang ialah Al-Quran.

Katakanlah (wahai orang-orang yang beriman): Kami beriman kepada Allah dan kepada apa yang diturunkan kepada kami (Al-Quran) dan kepada apa yang diturunkan kepada Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail dan Nabi Ishak dan Nabi Yaakub serta anak-anaknya dan juga kepada apa yang diberikan kepada Nabi Musa (Taurat) dan Nabi Isa (Injil) dan kepada apa yang diberikan kepada Nabi-nabi dari Tuhan mereka; kami tidak membeza-bezakan antara seseorang dari mereka (sebagaimana yang kamu orang Yahudi dan Nasrani membeza-bezakannya) dan kami semua adalah Islam (berserah diri, tunduk taat) kepada Allah semata-mata. (Baqarah:136)

4. Beriman kepada Rasul.

Dari 124,000 nabi, 313 adalah Rasul dan 5 adalah Ulul-Azmi (boss besar).Tugas rasul adalah berdakwah iaitu menyeru kepada kebaikan dan melarang kejahatan.

Al-Ahqaf [31] Wahai kaum kami! Sahutlah (seruan) Rasul (Nabi Muhammad) yang mengajak ke jalan Allah, serta berimanlah kamu kepadanya, supaya Allah mengampunkan sebahagian dari dosa-dosa kamu dan menyelamatkan kamu dari azab seksa yang tidak terperi sakitnya.

5. Beriman kepada Hari Kiamat.

Di hari kiamat semua manusia, jin dan binatang dihimpunkan di Padang Mahsyar untuk dibicarakan di Mahkamah Allah setelah dibangkitkan semula dari kematian.

Aku bersumpah dengan hari kiamat; (Qiyama:1) Dan Aku bersumpah dengan “Nafsul Lawwaamah” (bahawa kamu akan dibangkitkan sesudah mati)! (Qiyama:2)

6. Beriman kepada Qadar baik dan buruk.

Qadar takdir ialah ketetapan Allah, secara mudahnya ia seperti pelan rumah. Qadha pula ialah perlaksanaan qadar takdir itu, secara mudahnya pembinaan rumah mengikut pelan yang telah diluluskan. Sebagai contoh Allah telah menetapkan berapa banyak makhluk yang hendak dijadikannya (qadar takdir), bila makhluk itu dilahirkan itulah perlaksanaan takdir itu (qadha). Allah telah selesaikan takdir setiap makhluk 50 ribu tahun sebelum langit dicipta.

Rasulullah saw bersabda, “Sesungguhnya Allah telah menulis takdir sekelian makhluk sebelum ia mencipta langit dan bumi selama 50,000 tahun. (Muslim)

Rukun Islam.

Hadis Ibnu Umar r.a:Nabi s.a.w telah bersabda: Islam ditegakkan di atas lima perkara iaitu mengesakan Allah, mendirikan sembahyang, mengeluarkan zakat, berpuasa pada bulan Ramadan dan mengerjakan Haji.

1) Mengesakan Allah iaitu “naik saksi” atau mempertahankan bahawa Allah ialah tuhan yang satu dan Nabi Muhammad SAW itu pesuruhnya.

Dan Tuhan kamu ialah Tuhan Yang Maha Esa; tiada Tuhan (Yang berhak disembah) selain dari Allah Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani. (Baqarah:163).

Katakanlah (wahai Muhammad): (Tuhanku) ialah Allah Yang Maha Esa. (Al-Ikhlas:1)

Sebagai pesuruh, nabi hanya menyampaikan apa yang disuruh tanpa ada sebarang tambahan. Begitulah amanahnya Nabi kita.

2) Sembahyang lima waktu sehari semalam, 17 rakaat sethttps://nasbunnuraini.wordpress.com/wp-admin/post.php?post=6839&action=editiap hari.

Matlamat sembahyang 5 waktu ialah menghubungkan umat Islam dengan Allah s.w.t. sebanyak 5 kali sehari (hablun minallah). Semua sembahyang fardhu adalah “hak Allah” atau syariat yang wajib dikerjakan. Selain itu ada juga sembahyang sunat yang diajar oleh Nabi kita untuk menampung kekurangan sembahyang fardhu.

3) Zakat menghubungkan antara golongan kaya dan golongan miskin (hablun minan nas). Zakat hanya diwajibkan pada harta yang datang dari sumber yang halal sahaja.

Daripada Abu Hurairah r.a katanya,:Rasulullah SAW bersabda:”Hai manusia! Sesungguhnya Allah itu baik. Dia tidak menerima sesuatu melainkan yang baik.

Allah telah menjanjikan bahawa orang yang mengeluarkan zakat akan bebas dari neraka.

Al-Lail [17] Dan (sebaliknya) akan dijauhkan (azab Neraka) itu daripada orang yang sungguh bertakwa;[18] Yang mendermakan hartanya dengan tujuan membersihkan dirinya dan harta bendanya,

4) Ibadah haji pula melahirkan perasaan kasih sayang kepada Allah. Haji hanya wajib apabila seseorang itu mempunyai harta yang halal, sihat tubuh badan dan aman perjalanan.

Apabila seorang anggota jamaah haji berangkat dengan harta haram dan mengenjakkan kaki di kenderaannya kemudian dia membaca Labbaik allahumma labbaik, maka ada suara (jawaban) dari langit: “Tidak ada labbaik dan tidak ada sa’daik (kebahagiaan) bagimu kerana bekalmu haram, kenderaanmu haram, hajimu penuh dosa, tidak diterima (tertolak)”

Bagi perempuan ditambah satu syarat lagi iaitu bila ada mahram seperti suami atau keluarga terdekat. Sahabat juga pernah bertanya kepada Nabi tentang berapa kalikah wajibnya ibadat haji, jawab Nabi cuma sekali seumur hidup.

5) Puasa pula hanya wajib sebulan pada bulan Ramadhan.

(Puasa yang diwajibkan itu ialah) beberapa hari yang tertentu; maka sesiapa di antara kamu yang sakit atau dalam musafir, (bolehlah dia berbuka), …. (Baqarah: 184) (Masa yang diwajibkan kamu berpuasa itu ialah) bulan Ramadan…

Matlamat ibadat puasa bukanlah sekadar meninggalkan makan dan minum, tetapi fokusnya adalah untuk melemahkan nafsu yang buruk dan seterusnya mendampingi Allah s.w.t.

Wahai orang-orang yang beriman! Kamu diwajibkan berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang yang dahulu daripada kamu, supaya kamu bertakwa. (Baqarah:183)

Kemusykilan atau pertanyaan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: