Membaca Ayat Kursi Selepas Sembahyang dan Sebelum Tidur

Rasulullah saw. bersabda, ‘Ayat yang terbesar di dalam Al-Qur`an adalah “Allaahu laa ilaaha illaa huwa al-hayyul qayyuum”. Dari Abi Umamah,Nabi s.a.w bersabda:“Sesiapa membaca ayat kursi selepas setiap solat fardu, nescaya tidak ada yang menghalanginya dari masuk syurga kecuali kalau dia tidak mati.” Dalam kisah Abu Hurairah radhiallahu ‘anhu dengan syaitan yang mencuri harta zakat, disebutkan bahawa syaitan tersebut berkata,“Biarkan aku mengajarimu beberapa kalimah yang Allah memberimu manfaat dengannya. Bila engkau masuk ke tempat tidur, bacalah ayat kursi. Dengan demikian, akan selalu ada penjaga daripada Allah untukmu, dan syaitan tidak akan mendekatimu sampai pagi.” Ketika Abu Hurairah menceritakannya kepada Rasulullah shallallahu ‘alahi wa sallam, beliau berkata, “Sungguh dia telah berkata benar, walaupun dia sebenarnya banyak berdusta.” (HR. al-Bukhari no. 2187) Baca baki entri ini »