Terpaksa dan Tidak Sengaja Tidak Berdosa

An-Nahl [106] Sesiapa yang kufur kepada Allah sesudah ia beriman (maka baginya kemurkaan dan azab dari Allah), kecuali orang yang dipaksa (melakukan kufur) sedang hatinya tenang tenteram dengan iman; akan tetapi sesiapa yang terbuka hatinya menerima kufur maka atas mereka tertimpa kemurkaan dari Allah, dan mereka pula beroleh azab yang besar.

Baqarah [173] Sesungguhnya Allah hanya mengharamkan kepada kamu memakan bangkai, dan darah, dan daging babi, dan binatang-binatang yang disembelih tidak kerana Allah maka sesiapa terpaksa (memakannya kerana darurat) sedang ia tidak mengingininya dan tidak pula melampaui batas (pada kadar benda yang dimakan itu), maka tidaklah ia berdosa. Sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.

Tidak Sengaja Tidak Berdosa

Al-Ahzab [5] Dan kamu pula tidak dikira berdosa dalam perkara yang kamu tersilap melakukannya, tetapi (yang dikira berdosa itu ialah perbuatan) yang disengajakan oleh hati kamu melakukannya. Dan (ingatlah Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.

Hadith yang diriwayatkan oleh Imam Ahmad, Abu Daud dan Termizi dari seorang wanita bernama Burairah, katanya: Rasulullah s.a.w. bersabda kepada Sayyidina Ali Karramallahu wajhahu (Yang bermaksud): “Wahai Ali, janganlah kamu turuti pandangan kamu dengan pandangan lain, kerana pandangan pertama memang halal untuk kamu tetapi tidak halal bagi pandangan yang kedua.”

Pandangan yang pertama itu dibenarkan hanya sekiranya ia dilakukan tanpa niat atau secara terserempak. Jika sengaja ingin memandang, maka ianya berdosa walaupun pandangan yang pertama.

Semuanya Ditanya Termasuk Hati (sengaja atau tidak)

Isra [36] : ….sesungguhnya pendengaran dan penglihatan serta hati, semua anggota-anggota itu tetap akan ditanya tentang apa yang dilakukannya.

Kemusykilan atau pertanyaan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: