Dibangkitkan Dari Tidur Untuk Kembali Bertemu Allah

Dua malaikat itu berkata kepadanya “Tidurlah seperti tidurnya pengantin yang tidak dibangkitkan dari tidurnya melainkan oleh ahli keluarga yang mengasihinya“. Demikianlah halnya sehingga ia dibangkitkan Allah dari tempat baringan itu.

Yaasin [52]…..Siapakah yang membangkitkan kami dari kubur tempat tidur kami?,, (Lalu dikatakan kepada mereka): Inilah dia yang telah dijanjikan oleh Allah Yang Maha Pemurah dan benarlah berita yang disampaikan oleh Rasul-rasul. 

Mukmin Kembali Bertemu dan Melihat Allah Di Syurga

Banyak muka akan melihat Allah semasa mereka berada di dalam syurga.

Qiyamah [22] : Pada hari akhirat itu, muka (orang-orang yang beriman) berseri-seri; [23] : Melihat kepada Tuhannya.

Dari Suhaib r.a., bahawa Rasulullah s.a.w., membaca firman Allah dalam ayat ini, ertinya:“Bagi orang-orang yang berbuat baik diberi balasan yang sebaik-baiknya (Syurga) dan satu tambahan lagi.”), dan sesudah itu Baginda s.a.w. bersabda: “Apabila ahli Syurga masuk Syurga dan ahli Neraka masuk Neraka, menyerulah penyeru katanya: “Wahai ahli Syurga! Sesungguhnya ada untuk kamu satu perkara yang dijanjikan kepada kamu di sisi Allah yang ia hendak menunaikannya“; mereka bertanya: “Apa dia perkara itu? Bukankah Tuhan telah memberatkan timbangan amal baik kami, bukankah Ia telah menyerikan muka kami dan memasukkan kami ke dalam Syurga serta menjauhkan kami dari Neraka?Baginda s.a.w., bersabda: “Maka pada saat itu dibukakan hijab kepada mereka lalu mereka melihatNya; demi Allah! Tidak ada sesuatu yang Allah kurniakan di sukai oleh mereka lebih daripada melihatNya dan tidak ada yang mententeramkan hati mereka lebih daripada itu.”

Darjat dan Kedudukan di Syurga

Israa [21]……dan sesungguhnya pemberian di akhirat lebih besar tingkatan-tingkatan perbezaannya dan lebih besar tambahan-tambahan kelebihannya.

Perbezaan darjat atau kedudukan (status) di akhirat adalah sangat banyak berbanding darjat di dunia. (wa akbaru darajatin…). Kalau di dunia status itu diukur bermula daripada Perdana Menteri hinggalah kepada rakyat biasa yang berkaki ayam. Namun di akhirat statusnya sangatlah banyak dan status yang paling tinggi adalah milik Rasulullah s.a.w., manakala status yang paling rendah ialah ahli syurga yang diberikan mahligai seluas 3 buah negara.

Syurga yang paling tinggi ialah al-Firdaus, umpama penthouse yang diberikan kepada golongan VIP yang kebanyakannya terdiri daripada golongan terdahulu dan sedikit sahaja daripada golongan kemudian..(Sullatun minal awwalin wa qolilun minal akhirin).

Al-Waqiah [12](Tinggal menetap) di dalam Syurga-syurga yang penuh nikmat.[13](Di antaranya) sekumpulan besar dari umat-umat manusia yang terdahulu; [14] Dan sebilangan kecil dari orang-orang yang datang kemudian

Kemusykilan atau pertanyaan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: