Jadikan Qulhuwallah@ Surah Ikhlas Bacaan Harian

Isi kandungan Al-Quran adalah tiga perkara dasar iaitu Allah yang Esa, Hari Kiamat dan Kebenaran para nabi dan rasul. Surah Al-Ikhlas menceritakan tentang keesaan Allah, kerana itu ia dikatakan menyamai satu pertiga quran. Allah itu maha Esa iaitu “satu yang tidak boleh dibahagi-bahagi” samada pada zahir atau pada akal. Manusia seorang tetapi masih boleh dipotong-potong, seperti kata pepatah “tulang empat kerat”. Allah tidak beristeri apatah lagi beranak.

Baca Sebelum Masuk Rumah

Rasulullah SAW bersabda “Sesiapa membaca surah Al-Ikhlas ketika memasuki rumah, maka hilanglah kefakiran penghuni rumah dan jiran tetangganya” (Riwayat At-Tabrani dan Ibnu Mas’ud).

Bacalah sebelum masuk rumah (contohnya semasa balik dari pejabat) dan bacalah dalam setahun setengah dan lihat hasilnya..

Seperti Membaca Sepertiga Quran

Daripada Abu Hurairah r.a., Nabi SAW pernah bersabda “Sesiapa membaca surah Al-Ikhlas, seolah-olah ia membaca sepertiga Al-Quran“. 

Rasululllah SAW bersabda:  “Sesiapa yang membaca 10 kali surah Al-Ikhlas siang dan malam; Maka Allah memberinya sebuah istana dalam syurga.”  (HR: Imam Ahmad & Imam Adarimi.)

Mulakan Sedikit demi sedikit Kemudian Tingkatkan Amalan

Bacalah samada selepas Subuh atau selepas Asar. Bacalah ketika berjalan atau sambil berbaring atau memandu. Jadikan ia rutin dan amalan harian. Mulakan dengan bilangan yang sedikit terlebih dahulu sehingga ia mantap dan sebati, kemudian tingkatkanlah bilangannya.

Sabda Rasullah SAW: “Wahai manusia, laksanakanlah amalan-amalan menurut kemampuan kamu, sesungguhnya Allah SWT tidak akan bosan sebelum kamu merasa bosan. Sesungguhnya amalan yang paling disukai Allah SWT ialah amalan yang ringan namun berterusan (istiqomah).” (Hadith Riwayat Muslim).

Daripada Aisyah r.a. katanya, bahawa Nabi s.a.w. menjadikan tikar anyaman pelepah tamar sebagai dinding pada waktu malam, lalu ia bersembahyang. Pada waktu siang ia menghamparkan tikar itu dan duduk diatasnya. Orang-orang datang berkumpul kepada Rasulullah s.a.w. lalu mereka bersembahyang sepertinya. Hingga kemudiannya bilangan mereka menjadi ramai. Rasulullah datang menemui mereka dan bersabda,”Wahai manusia, buatlah amalan setakat yang kamu mampu. Bahawasanya Allah tidak jemu sehinggalah kamu berasa jemu dan sesungguhnya amalan yang paling disukai Allah ialah amalan yang berkekalan sekalipun sedikit.” (Riwayat Bukhari)

Kemusykilan atau pertanyaan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: