Dan sempurnakanlah ibadat Haji dan Umrah kerana Allah…(Baqarah:196). Rasulullah Sollallaahu Alayhi Wa sallam bersabda ‘Khuzu ‘anni manasikakum’ (Yg bermaksud: Ambillah dari aku (Nabi) cara kamu mengerjakan ibadah haji) [Hadith Muslim, Abu Daud].
Berikut diterangkan secara ringkas sahaja dan serba sedikit cara haji Baginda.
8hb Zulhijjah bertolak ke Mina
Pada 8hb. Zulhijjah sebelum Zohor baginda sallallahu ‘alaihi wa-sallam berangkat ke Mina untuk mabit (tidur dan bermalam) di Mina. Rasullullah sallallahu ‘alaihi wa-sallam solat Zohor, Asar, Maghrib, Isya’ dan Subuh di Mina.
9hb Zulhijjah ke Arafah
Diriwayatkan oleh Abu Dawud dari Ibnu Umar r.a ” Rasulullah S.A.W pergi pada pagi hari ketika sudah selesai mengerjakan solat subuh, yakni pada paginya hari ‘Arafah, sehingga sampailah Baginda S.A.W di Arafah.
Jamak Taqdim Zohor dan Asar di Arafah
Di Arafah Baginda Mulia menjamak solat Zohor dan Asar dalam waktu Zohor. Sehabis itu beliau S.A.W mengucapkan khutbah di hadapan orang ramai, terus pergi, kemudian mengerjakan wukuf.
Selepas Maghrib Bertolak dari Arafah Ke Muzdalifah.
Setelah tiba di Muzdalifah baginda Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa-sallam dan para sahabat menunaikan solat Maghrib yang dijamak dengan solat Isya’, dilakukan dengan cara jamak takhir, dengan cara sekali azan dan dua kali iqamah.
Jamak Ta’khir Maghrib dan Isyak di Muzdalifah
Hadis Abu Ayyub r.a: Dia pernah sembahyang Maghrib dan Isyak secara jamak di Muzdalifah ketika mengerjakan Haji Wida’ bersama Rasulullah s.a.w.
Baginda tidur dan berehat pada malam itu di Muzdalifah.
Selepas Subuh Bertolak dari Muzdalifah ke Mina
Keesokkan paginya Baginda Mulia solat Subuh dan selepas itu barulah berangkat ke Mina.