Bila Kerajaan Hati Ditakluki

Dalam istilah politik terdapat istilah seperti “menawan Putrajaya” atau menakluki pusat pemerintahan sesebuah kerajaan. Hati pula merupakan pusat pemerintahan segala anggota badan. Dalam hadith juga disebut dalam diri manusia ada 2 lubang halus, satu didiami oleh malaikat dan satu lagi didiami oleh syaitan (qarin). Jika malaikat dapat menawan kerajaan hati manusia itu, maka baiklah dia. Tetapi sebaliknya jika syaitan berjaya menakluki kerajaan hati manusia itu, maka dia akan melakukan kejahatan.

Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: “Sesungguhnya syaitan mempengaruhi lintasan hati anak Adam dan malaikat juga mempunyai pengaruh. Pengaruh syaitan ialah mengilhamkan manusia supaya melakukan kejahatan dan membantah kebenaran. Adapun lintasan malaikat ialah mengilhamkannya melakukan kebajikan dan membenarkan kebenaran.” (Hadis Riwayat Al-Tirmizi, Al-Nasa’I dan Ibnu Hibban).

Rasulullah s.a.w pernah mengatakan “At-Taqwa haa hunaa” yang bermaksud takwa itu letaknya di sini, sambil menunjuk kepada dadanya (hatinya).

Takwa itu letaknya di hati. Hati manusia adalah umpama raja kepada seluruh anggota tubuh badannya. Apabila dalaman (hatinya) baik, maka baiklah luaran (perbuatan, perangai, pakaian dan amalan).

Ketahuilah, bahawa di dalam diri anak Adam itu ada seketul daging, yang bila ianya baik maka baiklah seseorang itu, dan apabila buruk, maka buruklah amalan seseorang itu, ketahuilah, ia adalah hati” (Riwayat Muslim)

Kemusykilan atau pertanyaan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: