Peraturan dan Adab Menghadap Allah

Kita menghadap Allah SWT “Raja kepada Segala Raja” secara rasmi sebanyak 5 kali sehari semalam. Ia dilakukan dalam waktu-waktu tertentu dengan bacaan dan pergerakan tertentu. Berwuduklah sebaik mungkin sebelum menghadap Allah, pakailah pakaian yang terbaik, niatlah solat semata-mata kerana Allah. Berdirilah menghormati Allah dengan sebaik mungkin. Bertakbirlah untuk mengagungkan Allah. Berkata-katalah kepada Allah menggunakan ayat Al-Quran dan dengan hati yang sentiasa mengingati Allah. Bergeraklah dengan pergerakan yang penuh ketenangan (toma’ninah) 

Menghadap Allah SWT dilakukan dalam waktu-waktu yang ditetapkan bagi solat fardhu dan diluar waktu larangan bagi solat-solat sunat.

An-Nisaa [103] Sesungguhnya sembahyang itu adalah satu ketetapan yang diwajibkan atas orang-orang yang beriman, yang tertentu waktunya

Memakai Perhiasan Menghadap Raja

A’raf [31] Wahai anak-anak Adam! Pakailah pakaian kamu yang indah berhias pada tiap-tiap kali kamu ke tempat ibadat (atau mengerjakan sembahyang)

Kata Imam Manawi (ulama hadith mazhab Syafie)

Sembahyang itu seperti “Hadharat Al-Malik” iaitu satu persembahan yang disembahkan oleh seseorang ke hadhrat “maharaja dari segala raja” (iaitu Allah s.w.t.). Masuk menghadap raja tanpa perhiasan itu menyalahi adab.

Menutup kepala dengan memakai kopiah, songkok, serban adalah juga satu dari perhiasan semasa bersembahyang. 

“Berserbanlah kamu kerana syaitan tidak memakai serban.”

Berserbanlah kerana para malaikat itu memakai serban.” (Thabrani) “

Mengagungkan Allah

Kita memulakan sembahyang dengan mengagungkan Allah menyebut Allahuakbar (Allah is the greatest). Sepertimana rakyat hendak menghadap raja atau sultan, mereka mendaulatkannya dengan menyebut Daulat Tuanku. Apatah lagi menghadap Raja kepada segala Raja, yang maha hebat.

Menghormati Allah Dalam Sembahyang

Berdirilah sebaik mungkin dalam sembahyang sebagai tanda menghormati Allah. Besarkan Allah sepertimana Allah patut dibesarkan. Janganlah jadi seperti mereka yang tidak menghormati Allah sebagaimana yang sepatutnya “wa ma qadaru ‘llaha haqqa qadrih”.

Baqarah [238] …..dan berdirilah kerana Allah (dalam sembahyang kamu) dengan taat dan khusyuk.

Al-Anam [91] Dan tiadalah mereka (kaum Yahudi) menghormati Allah sesuai dengan penghormatan yang sebenarnya….

Mengingati Allah

Sembahyang itu seperti berkata-kata dengan Allah, maka berhati-hatilah dalam percakapan dengan Allah agar apa yang dicakap itu sama dengan apa yang difikir atau diingati. Hendaklah “hadir hati” iaitu ingat kepada Allah semasa sembahyang. Bagi orang awam, hendaklah cuba sedaya upaya untuk ingat Allah semasa sembahyang. Kalau ada lintasan (teringat perkara lain), cepat-cepatlah ingatkan balik kepada Allah. Walaupun tidak 100%, cubalah untuk “control” gangguan dalam hati semasa sembahyang (lebih banyak ingatkan Allah dari benda lain). Dalam sembahyang kita wajib mengingati Allah, kalau terlalai cepat-cepat ingatkan Allah.

Ta-Ha [14] Sesungguhnya Akulah Allah; tiada Tuhan melainkan Aku; oleh itu, sembahlah akan Daku dan dirikanlah sembahyang untuk mengingati Daku.

2 Respons to “Peraturan dan Adab Menghadap Allah”

  1. Tanpa Nama Says:

    mohoshare


Kemusykilan atau pertanyaan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: