Anak Kunci Syurga dan Tanda Syukur Nikmat

Dari Jabir r.a. katanya Rasulullah s.a.w bersabda “Anak kunci syurga ialah sembahyang”. Kata ulama “Sembahyang adalah anak kunci yang mempunyai lima bilah (gigi)” iaitu lima waktu sembahyang fardhu. Sembahyang juga adalah sebagai tanda menunjukkan kita bersyukur dengan hidayah dan segala nikmat Allah terutamanya nikmat-nikmat yang besar seperti nikmat Iman dan nikmat Islam. 

Dalam surah Al-Mukminun diterangkan 2 jenis sembahyang yang dikira berjaya membawa manusia ke syurga Firdaus.

Al-Mukminnun [1] Sesungguhnya berjayalah orang-orang yang beriman. [2] Iaitu mereka yang khusyuk dalam sembahyangnya.[9] Dan mereka yang tetap memelihara sembahyangnya.[10] Mereka itulah orang-orang yang berhak mewarisi. [11] Yang akan mewarisi Syurga Firdaus; mereka kekal di dalamnya.

Apabila hubungan manusia dengan Allah itu baik (melalui ibadah sembahyang), maka dia menjadi seorang yang baik. Sembahyang yang betul mempunyai “power” (kekuatan) untuk mencegah hati seseorang dari melakukan perkara yang keji dan mungkar. Semakin baik mutu sembahyang, maka semakin kuranglah kecenderungan untuk melakukan maksiat atau perkara yang tidak baik.

Al-Ankabut [45]…..sesungguhnya sembahyang itu mencegah dari perbuatan yang keji dan mungkar.

Tanda Syukur Nikmat

Sesungguhnya Nabi SAW mengerjakan solat malam hingga kedua tapak kakinya merekah. Aisyah berkata kepada Baginda “Mengapa engkau melakukan hal ini wahai Rasulullah, pada hal Allah mengampuni dosamu yang lalu dan yang akan datang? Baginda bersabda: Apakah aku tidak ingin menjadi hamba yang sangat bersyukur?” (Hadis riwayat al-Bukhari)

Daripada 4 rukun iman ini, 4 adalah perkara yang ghaib dan hanya 2 perkara yang boleh dilihat iaitu kitab-kitab dan rasul (para sahabat boleh melihat Rasulullah).

Orang-orang yang mendapat suluhan cahaya hidayah Allah swt akan merasa mudah dan senang untuk memahami Islam. Sebaliknya mereka yang berada dalam kegelapan adalah sukar untuk memahami Islam. Orang kafir pula merasakan bahawa Islam itu adalah sesuatu yang sukar seumpama memanjat atau mendaki ke langit.

Al-Anam [125] : Maka sesiapa yang Allah Subhanahuwata’ala  kehendaki untuk memberi hidayat petunjuk kepadanya nescaya Dia melapangkan dadanya (membuka hatinya) untuk menerima Islam dan sesiapa yang Allah Subhanahuwata’ala  kehendaki untuk menyesatkannya, nescaya Dia menjadikan dadanya sesak sempit sesempit-sempitnya, seolah-olah dia sedang mendaki naik ke langit (dengan susah payahnya).

Advertisements

Kemusykilan atau pertanyaan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: