Anak Bulan, Haji dan Takwa

Mereka bertanya kepadamu (wahai Muhammad) mengenai (peredaran) anak-anak bulan. Katakanlah: (Peredaran) anak-anak bulan itu menandakan waktu-waktu (urusan dan amalan) manusia, khasnya ibadat Haji dan bukanlah perkara kebajikan: Kamu memasuki rumah dari bahagian belakangnya (ketika kamu berihram) akan tetapi kebajikan itu ialah perbuatan orang yang bertakwa dan masuklah ke rumah (kamu) itu melalui pintunya, serta bertakwalah kamu kepada Allah supaya kamu berjaya. (Baqarah:189)

Waktu diukur atau dikira mengikut perjalanan matahari dan bulan. Ibadat seperti sembahyang dikira mengikut perjalanan matahari. Ibadat lain seperti haji, zakat dan puasa pula dikira mengikut perjalanan bulan.

Al-Anam [96]…dan menjadikan matahari dan bulan untuk mengira waktu (menurut peredarannya)…

Oleh itu, sesiapa dari antara kamu yang menyaksikan anak bulan Ramadan (atau mengetahuinya), maka hendaklah dia berpuasa … (Baqarah: 185)

Semasa berihram, kita boleh masuk ke dalam rumah atau hotel atau berada di bawah khemah untuk berteduh. Tiada larangan kerana apa yang penting ialah bertakwa iaitu patuh kepada suruhan Allah dan meninggalkan larangannya.

Kemusykilan atau pertanyaan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: