1Hati Di Dunia Awal Masuk Syurga

Daripada Abu Hurairah r.a. Rasulullah SAW bersabda ” Golongan pertama (awal) yang masuk syurga wajah mereka seperti bulan purnama (berseri-seri), sedangkan orang yang berada dibelakang mereka seperti bintang yang cahayanya berkilauan, hati mereka seakan-akan seperti satu, tiada perselisihan di antara mereka, tiada permusuhan dan tiada kedengkian (Riwayat Bukahri & Muslim)

Islam adalah agama perdamaian dan umat Islam mestilah bersatu hati dan bersatu padu. Dalam Islam, haram tidak bertegur sapa sesama Islam selama tiga hari (kerana bergaduh). Dari tidak bertegur sapa boleh membawa kepada perpecahan dan akhirnya umat Islam menjadi lemah. Kata pepatah Melayu, “Bersatu teguh, bercerai roboh”.

Sabda Rasulullah s.a.w, bermaksud: “Mahukah kamu aku khabarkan amalan yang lebih tinggi darjatnya daripada puasa dan solat? Jawab para sahabat: Bahkan (Ya). Sabda baginda: mendamaikan hubungan, kerana rosaknya hubungan itu adalah pencukur (mencukur agama)” (Riwayat Abu Daud).

Malah kita juga diharuskan berbohong untuk mendamaikan antara manusia yang bersengketa. Tiada istilah bohong sunat, cuma ia diharuskan bagi tujuan perdamaian. Rasulullah SAW bersabda:”Bukanlah termasuk pendusta (pembohong) orang yang mendamaikan manusia.

Dari Abu Bakar r.a. bahawa Rasulullah saw bersabda ” Aku dianugerahi Allah 70,000 orang dari umatku masuk syurga tanpa hisab. Wajah mereka seperti bulan purnama di waktu malam, Hati mereka semuanya sama. Lalu aku memohon tambahan kepada Allah dan Allah menambahkan untukku setiap seorang menjadi 70,000 orang (Hadith Riwayat Ahmad)

Setiap seorang dari 70,000 itu membawa 70,000 orang lagi, maka jumlahnya adalah 70,000 x 70,000 iaitu 4.9 billion.

Dari Abu Hurairah, Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Golongan pertama yang akan masuk syurga, wajahnya nampak seperti bulan pada malam purnama, mereka tidak meludah tidak ingusan, tidak buang air kecil, dan tidak buang air besar, mereka dibuat dari emas. Aroma dupanya harum seperti dupa India. Aroma peluh mereka seperti wangian. Setiap orang mempunyai dua isteri yang sumsum betisnya kelihatan di balik dagingnya kerana kecantikannya. Tidak ada perbezaan pendapat di antara mereka. Mereka tidak saling dengki satu sama lain. Mereka bertasbih kepada Allah, setiap pagi dan petang.” (Hadis riwayat Ahmad, Bukhari dan Muslim

Kemusykilan atau pertanyaan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: