5 Amalan Untuk Masuk Syurga

Rasululullah sollallaahu alayhi wa sallam bersabda “Mahukah kamu aku khabarkan kepada kamu tentang amalan yang dapat memasukkan kamu ke dalam syurga, iaitu; berperang pada jalan Allah dengan pedang, memuliakan tetamu, melakukan persediaan untuk bersembahyang, menyempurnakan wuduk di malam yang dingin, dan memberi makanan (kepada mereka yang memerlukan) dalam keadaan dia sangat mengasihi hartanya.” (Riwayat Ibnu Asakir)

1) Berperang pada jalan Allah dengan pedang.

Berjihad melawan kafir yang memerangi adalah fadhu kifayah bila ada arahan dari pemimpin sesebuah kerajaan Islam. Berzikir pula lebih besar pahalanya daripada jihad.

Daripada Abu Darda ra bahwa Rasulullah sollallaahu alayhi wa sallam bersabda :Mahukah kamu akan ku khabarkan akan suatu amal kebajikan yang paling baik bagi kamu, paling meningkatkan kedudukan kamu,paling disenangi oleh TuhanMu, bahkan lebih baik dari menafkahkan emas dan perak dan lebih mulia daripada perang dengan musuh-musuh kamu, baik ketika kamu kalah atau ketika kamu menang? Jawab mereka : Mahu, wahai Rasulullah. Sabda beliau: Berzikirlah kepada Allah sebanyak-banyaknya.(Riwayat Muslim,Tirmidzi,Ibnu Majah.)

2) Memuliakan tetamu,

Dari Abu Suraih al-Adawi bahawa dia berkata, mataku telah melihat Rasulullah sollallaahu alayhi wa sallam dan telingaku telah mendengar ketika dia telah bersabda dengannya. Sabdanya, sesiapa yang beriman dengan Allah dan hari akhirat, maka hendaklah dia memuliakan tetamunya dan tempohnya. Mereka berkata, apakah tempohnya? Baginda bersabda, satu hari satu malam dan tempoh bertamu adalah tiga hari dan apa yang selepas itu maka dia menjadi sedekah dan sesiapa yang beriman kepada Allah dan hari akhirat maka hendaklah dia berkata dengan baik atau diam.

3) Melakukan persediaan untuk bersembahyang,

Berkata Abu Hurairah r.a. bahawa Rasulullah sollallaahu alayhi wa sallam bertanya (kepada para sahabatnya) “Adakah kamu ingin tahu tentang sesuatu yang boleh menghapuskan dosa oleh Allah s.w.t. dan mengangkat darjat (kamu?) Maka mereka menjawab “Ya, wahai Rasulullah s.a.w.” Sabda Baginda, “Berwuduklah dengan cara bersungguh-sungguh ketika kesejukan, dan banyakkanlah langkah menuju  ke masjid-masjid (untuk sembahyang)menanti sembahyang selepas sembahyang adalah jihad“.

4) Menyempurnakan wuduk di malam yang dingin,

Berwuduk ketika cuaca sejuk atau menggunakan air sejuk adalah satu amalan yang dapat menghapuskan dosa-dosa kecil. 

5) Memberi makanan (kepada mereka yang memerlukan) dalam keadaan dia sangat mengasihi hartanya.

Al-Insan [8] Mereka juga memberi makan benda-benda makanan yang dihajati dan disukainya, kepada orang miskin dan anak yatim serta orang tawanan

Advertisements

Kemusykilan atau pertanyaan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: