Syaitan, Jin, Malaikat dan Manusia

Syaitan itu adalah dari bangsa jin. Jin dijadikan daripada kepanasan api neraka. Setiap jin yang jahat itu adalah syaitan. Malaikat adalah makhluk Allah SWT yang diciptakan daripada cahaya. Syaitan sombong takabbur dan menderhaka kepada Allah manakala Malaikat mematuhi segala perintah Allah. Manusia pula dijadikan dari tanah sebagai khalifah (pemimpin) di bumi ini. Manusia makan dan minum serta mempunyai nafsu berbanding malaikat yang tidak bernafsu. Dalam diri manusia ada 2 lubang halus, satu didiami oleh malaikat dan satu lagi didiami oleh syaitan (qarin). Jika malaikat dapat menawan kerajaan hati manusia itu, maka baiklah dia. Tetapi sebaliknya jika syaitan berjaya menakluki kerajaan hati manusia itu, maka dia akan melakukan kejahatan

Syaitan (iblis) dijadikan daripada api. Api adalah bersifat panas yang merupakan hakikat hidup. Orang yang hidup adalah panas kerana mereka bergerak ke sana ke mari. Api juga sifatnya adalah cerah iaitu hakikat ilmu. Kerana itu syaitan adalah cerdik sifatnya.

Syaitan itu adalah dari bangsa jin.

Al-Kahfi [50] Dan (ingatkanlah peristiwa) ketika Kami berfirman kepada malaikat: Sujudlah kamu kepada Adam; lalu mereka sujud melainkan iblis; dia adalah berasal dari golongan jin…….

Ar-Rahman [15] Dan Dia telah menciptakan jin dari lidah api yang menjulang-julang;

Al-Hijr [27] Dan jin pula, Kami jadikan dia sebelum itu, dari angin api yang panasnya menyerap ke liang bulu roma.

Manusia pula dijadikan dari tanah. Hakikat tanah ialah sifatnya gelap iaitu jahil. Tanah juga adalah sejuk yang merupakan hakikat mati dan malas. Kerana itu manusia sifatnya jahil dan perlu belajar untuk menghilangkan kejahilannya. (“insan …zoluman jahula”)

Ar-Rahman [14] Dia menciptakan manusia (lembaga Adam) dari tanah liat kering seperti tembikar.

Al-Ahzab [72](Ingatlah) sesungguhnya tabiat kebanyakan manusia adalah suka melakukan kezaliman dan suka pula membuat perkara-perkara yang tidak patut dikerjakan (jahil).

Oleh itu dari segi kejadian, iblis mempunyai kelebihan berbanding manusia. Namun malaikat lebih baik, lebih mulia, lebih tinggi makamnya  kerana mereka dijadikan daripada cahaya, tetapi mereka tetap sujud. Malaikat sujud sebagai menghormati makhluk baru yang dijadikan pemimpin. Sujud dua kali dalam sembahyang itu berasal dari perbuatan yang dilakukan oleh malaikat yang diperintahkan sujud kepada Nabi Adam. Melihatkan Azazil tidak sujud (setelah malaikat mengangkat kepala dari sujudnya yang pertama), mereka sujud sekali lagi sebagai tanda syukur mereka boleh patuh pada arahan Allah. Malaikat tidak menderhaka kepada arahan Allah:

Sad [73] (Setelah selesai kejadian Adam) maka sujudlah sekalian malaikat, semuanya sekali.

At-Tahrim[6]….mereka tidak menderhaka kepada Allah dalam segala yang diperintahkanNya kepada mereka, dan mereka pula tetap melakukan segala yang diperintahkan.

Di hari kiamat tuhan tidak tanya asal keturunan dan kejadian makhluknya, hanya iman dan amalan yang disoal:-

Al-Mukminun [101] Kemudian, apabila ditiup sangkakala, maka pada hari itu tidak ada lagi manfaat pertalian kerabat di antara mereka dan tidak pula sempat mereka bertanya-tanyaan.

Allah memilih manusia menjadi khalifah, manusia adalah pertengahan di antara malaikat yang sangat baik dan iblis yang sangat jahat. Syaitan melakukan 3 kesalahan iaitu ia derhaka kepada Allah, ia “menjawab mulut” kepada Allah (apabila Allah menyuruhnya sujud ia mengatakan kenapa harus sujud sedangkan kejadiannya lebih baik dari manusia) dan ia bersifat takabbur (sombong).

Al-Hijr [32] Allah berfirman: Hai Iblis! Apa sebabnya engkau tidak turut bersama mereka yang sujud itu?.[33] Iblis menjawab:

 

Kemusykilan atau pertanyaan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: