Muslim Menjaga Perbuatan dan Kata-Katanya

Muslim (Orang Islam) ialah orang yang menyelamatkan muslim lain dari perbuatan dan kata-katanya… (Riwayat Ahmad dari Abu Hurairah.

Abu Musa al-Asy’ari berkata,”Para sahabat bertanya kepada Rasulullah sallallaahu alayhi wa sallam: ‘Wahai Rasulullah, orang Islam manakah yang paling utama?’ Baginda menjawab “Orang yang tidak pernah menganggu orang Islam lainnya, sama ada dengan lisan (kata-kata) ataupun dengan tangan (tindakannya)” (Riwayat Bukhari).

Lidah

Rasulullah sallallaahu alayhi wa sallam. bersabda, “berkata-kata perkara baik lebih baik dari diam, diam itu lebih baik daripada berkata-kata perkara yang tidak baik (Riwayat Baihaki dari Abi Zar).

Dari Abu Hurairah r.a. bahawasanya Nabi Muhammad sallallaahu alayhi wa sallam pernah bersabda: “Sesiapa yang beriman kepada Allah s.w.t. dan hari akhirat, maka hendaklah ia bercakap baik ataupun diam” (Riwayat Al-Bukhari & Muslim)

Daripada ibnu Umar RA bahawa Rasulullah sallallaahu alayhi wa sallam telah menziarahi Said bin Ubadah dan bersamanya Abdul Rahman bin Auf, Said bin Abu Waqas dan Abdullah bin Mas’ud RA, kemudian Rasulullah sallallaahu alayhi wa sallam menangis, lalu orang ramai yang ada bersama-sama baginda turut menangis. Seterusnya baginda bersabda, Adakah tidak kamu mendengar? Sesungguhnya Allah tidak mengazab orang mati dengan sebab linangan air mata atau susah hati, tetapi Allah akan menyiksa atau memberi rahmat kepada orang mati disebabkan ini, lalu baginda mengisyaratkan kepada lidahnya (Riwayat Bukhari Dan Muslim).

Kata pepatah Melayu “Lidah tidak Bertulang”. Lidah adalah ringan dan mampu mengeluarkan berbagai jenis kata-kata, samada yang baik atau tidak baik. Dari lidahlah lahirnya beberapa dosa-dosa besar seperti mengumpat, mencaci, memaki, mengadu-domba, memfitnah, menjatuhkan maruah, menipu, berbohong. Dosa-dosa inilah yang membawa manusia ke neraka dan seterusnya diazab.

Perbuatan

Allah Subhanahu WaTaala merahmati (mengasihani) sesorang yang membuang sesuatu yang menyakitkan (atau menjadi halangan) dari jalan diatas niat untuk menyelamatkan orang Islam lain. Begitulah tingginya makam (kedudukan) orang Islam disisi Allah SWT.

Rasulullah Sallallaahu Alayhi Wa sallam bersabda “Seseorang lelaki menemui ranting yang berduri di tengah jalan (yang dilaluinya), lalu ia berkata (kepada dirinya sendiri), “Demi Allah, aku benar-benar akan menjauhkan (membuang) duri ini agar tidak menggangu orang-orang muslim”, kerana itu dia dimasukkan ke syurga.(Riwayat Muslim)

Muslim yang paling baik, tidak menyusahkan orang lain melalui tangannya iaitu tindakannya. Sebagai contoh, Dia tidak  meletakkan kenderaannya ikut suka hati sehingga boleh menggangu lalulintas. Dia tidak akan membunyikan hon keretanya dengan kuat sehingga menyebabkan orang lain terkejut.

Advertisements

Kemusykilan atau pertanyaan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: