Dam Haji Tamattu’

فَمَن تَمَتَّعَ بِٱلۡعُمۡرَةِ إِلَى ٱلۡحَجِّ فَمَا ٱسۡتَيۡسَرَ مِنَ ٱلۡهَدۡىِ‌ۚ…… maka sesiapa yang mahu menikmati kemudahan dengan mengerjakan Umrah, (dan terus menikmati kemudahan itu) hingga masa (mengerjakan) ibadat Haji, (bolehlah dia melakukannya kemudian wajiblah dia) menyembelih Dam yang mudah didapati..(Baqarah:196)

Haji Tamattu adalah haji yang afdhal dalam mazhab Hambali dan Maliki. Kaedahnya ialah dilakukan umrah terlebih dahulu, dan selesai umrah barulah dilakukan ibadat haji. Majoriti jemaah haji Malaysia memilih cara haji ini. Dam yang dikenakan ini pula adalah seekor haiwan dan biasanya disembelih kambing atau unta. Mazhab Syafie mengatakan dam ini adalah sebagai denda kerana dilakukan umrah dalam bulan haji. Manakala mazhab Hanafi mengatakan dam ini adalah sebagai tanda syukur kerana dapat melakukan dua ibadat dalam satu masa atau dalam satu perjalanan.

Bagi mereka yang tidak mampu membayar dam pula:

…Kalau dia tidak dapat (mengadakan Dam), maka hendaklah dia berpuasa tiga hari dalam masa mengerjakan Haji dan tujuh hari lagi apabila kamu kembali (ke tempat masing-masing); semuanya itu sepuluh (hari) cukup sempurna. Hukum ini ialah bagi orang yang tidak tinggal menetap (di sekitar) Masjidilharam (Mekah). (Baqarah:196)

Mazhab Syafie berpendapat baki 7 hari puasa itu hanya boleh dilakukan setelah jemaah itu pulang ketempat asal mereka. Mazhab Hanafi bula berpendapat ia boleh terus dilakukan di Mekah sebelum pulang asalkan mereka telah selesai ibadat haji.


Advertisements

Kemusykilan atau pertanyaan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: