Halangan Daripada Melakukan Haji dan Umrah

Dan sempurnakanlah ibadat Haji dan Umrah kerana Allah; maka sekiranya kamu dikepung (dan dihalang daripada menyempurnakannya ketika kamu sudah berihram, maka kamu bolehlah bertahallul serta) sembelihlah Dam yang mudah didapati dan janganlah kamu mencukur kepala kamu (untuk bertahallul), sebelum binatang Dam itu sampai (dan disembelih) di tempatnya….  (Baqarah:196)

Pada tahun ke 6 Hirah, Rasulullah Sollallaahu Alayhi Wa sallam dan 1,400 orang  sahabat bertolak daripada Madinah menuju ke Makkah untuk menunaikan umrah dan mereka telah memakai pakaian ihram. Ketika sampai di Hudaibiyah, kaum kafir Quraisy menghalang rombongan Rasulullah Sollallaahu Alayhi Wa sallam untuk masuk ke Tanah Haram.

Rasulullah Sollallaahu Alayhi Wa sallam mengutus Sayyidina Uthman Affan ke kota suci Mekah untuk berunding dengan mereka. Telah menjadi budaya Arab mereka tidak akan membunuh utusan yang dihantar untuk berunding. Setelah lama menunggu Sayyidina Uthman tidak kembali, terdengar khabar yang mengatakan bahawa Sayyidina Uthman mati dibunuh sehingga menyebabkan para sahabat marah dan membuat bai’ah (pengakuan taat setia) kepada Rasulullah Sollallaahu Alayhi Wa sallam untuk memerangi Quraisy. Namun akhirnya Sayyidina Uthman pulang dengan selamat dan Rasulullah telah menandatangani perjanjian Hudaibiyah.

Dalam menandatangi perjanjian tersebut, kaum Quraisy pun menolak untuk menuliskan pengakuan agama islam.  Mereka meminta agar kalimat “Muhammad Rasulullah” dihapuskan sebagai ganti kalimat tersebut, mereka meminta agar ditukar kepada kalimah “Muhammad bin Abdullah.

Waktu itu Ali bin Abi Talib yang menuliskan perjanjian enggan untuk menghapuskan kalimat tersebut seperti yang diminta oleh kafir Quraisy.  Rasulullah kemudian mengambil kertas perjanjian itu dan menukarnya sendiri walaupun Baginda sebenarnya tidak tahu menulis. Ini juga salah satu mukjizat Baginda Mulia.

Setelah itu mereka membatalkan hajat untuk melakukan haji dan umrah pada tahun itu dan ditunda ke tahun hadapan. Disebabkan halangan itu mereka telah menangguhkannya ke tahun hadapan iaitu tahun ke 7 Hijrah bersama 124,000 sahabat. Bilangan ini juga menyamai bilangan nabi terdahulu.

Kemusykilan atau pertanyaan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: