Muhsin

وَأَحۡسِنُوٓاْ‌ۛ إِنَّ ٱللَّهَ يُحِبُّ ٱلۡمُحۡسِنِينَ….

dan berbuat baiklah kerana sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang melakukan kebaikan (Baqarah:195) .. Kamu (wahai umat Muhammad) adalah sebaik-baik umat yang dilahirkan bagi (faedah) umat manusia, (kerana) kamu menyuruh berbuat segala perkara yang baik… (Ali-Imran: 110). Rasulullah Sollallaahu Alayhi Wa sallam bersabda, Janganlah kamu meremehkan kebaikan sekecil apa pun, sekalipun ia hanya bermuka manis ketika bertemu saudaramu.” (Riwayat Muslim).

إِنَّ رَحۡمَتَ ٱللَّهِ قَرِيبٌ۬ مِّنَ ٱلۡمُحۡسِنِينَ

A’raf [56] …..Sesungguhnya rahmat Allah itu dekat kepada orang-orang yang melakukan kebaikan (Muhsin).

وَإِنَّ ٱللَّهَ لَمَعَ ٱلۡمُحۡسِنِينَ

Al-Ankabut [69] Dan orang-orang yang berusaha dengan bersungguh-sungguh kerana memenuhi kehendak agama Kami, sesungguhnya Kami akan memimpin mereka ke jalan-jalan Kami (yang menjadikan mereka bergembira serta beroleh keredaan) dan sesungguhnya (pertolongan dan bantuan) Allah adalah berserta orang-orang yang melakukan kebaikan (Muhsin).

Buat Baik Walaupun kepada Kafir Selagi Mereka Tidak Mengancam Kita

At-Tabrani meriwayatkan daripada Jabir r.a. daripada Nabi s.a.w., Baginda bersabda; “Jiran itu 3 golongan: 1) Jiran dengan 1 hak, iaitu jiran yang musyrik. Dia hanya ada hak kejiranan. 2) Jiran dengan 2 hak iaitu jiran yang beragama Islam. Dia ada hak kejiranan dan ada hak Islam. 3) Jiran dengan 3 hak iaitu jiran beragama Islam yang mempunyai hubungan kekeluargaan. Dia ada hak kejiranan, ada hak Islam dan ada hak hubungan kekeluargaan.”

Buat Baik Walaupun Kepada Binatang

Rasulullah pernah mengisahkan tentang seorang wanita yang masuk neraka kerana mengurung kucing dan tidak memberinya makanan (Hadith Riwayat Bukhari).

Sebaliknya beliau juga pernah mengisahkan bahwa: Seorang wanita pelacur melihat seekor anjing di atas sumur dan hampir mati kehausan. Lalu wanita itu melepaskan sepatunya dan mengikatnya dengan kerudungnya untuk mengambil air dari sumur untuk memberi minum anjing tersebut. Kerana perbuatannya itu, dosanya diampuni”. (Hadith Riwayat Bukhari).

Sebagai makhluk Allah, binatang pun harus diperlakukan dengan baik.

Umar bin Khatab pernah sangat murka melihat seorang yang menyeret seekor kambing dengan kasar. Kata Sayyidina Umar kepada orang itu : Celakalah engkau. Mengapa engkau berlaku kasar seperti itu. Tuntunlah dengan baik dan sembelihlah dengan benar”. Ketika melihat seorang anak kecil sedang mempermainkan seekor burung, Sayyidina Umar segera membeli dan melepaskannya.

Kemusykilan atau pertanyaan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: