Sedekah Tetapi Jangan Sampai Menyesal atau Merungut

Baqarah [195] Dan belanjakanlah (apa yang ada pada kamu) kerana (menegakkan) agama Allah dan janganlah kamu sengaja mencampakkan diri kamu ke dalam bahaya kebinasaan…. Furqan [67] : Dan juga mereka (yang diredhai Allah itu ialah) yang apabila membelanjakan hartanya, tiadalah melampaui batas dan tiada bakhil kedekut dan (sebaliknya) perbelanjaan mereka adalah betul sederhana di antara kedua-dua cara (boros dan bakhil) itu. Israa [26]… dan berikanlah kepada kerabatmu dan orang miskin serta orang musafir akan haknya masing-masing dan janganlah engkau membelanjakan hartamu dengan boros yang melampau.

Bersedekahlah mengikut kemampuan dan berpada-padalah dalam memberi. Janganlah memberi sehingga tidak mencukupi keperluan sendiri. Zakat juga adalah sedekah iaitu sedekah yang wajib dan ianya hanya dikenakan ke atas simpanan yang melebihi keperluan.

Berilah sedekah mengikut keikhlasan hati kita. Tanyallah hati sebanyak mana yang kita ikhlas untuk bersedekah. Semasa bersedekah, berkemungkinan kita akan tertipu.  Penipuan yang dilakukan itu adalah di antara peminta sedekah dengan Allah, dan “dia punya pasallah”. Kita yang memberi adalah kerana Allah semata-mata.

Dalam hadis juga ada disebut : “Jika peminta sedekah itu datang dengan menaiki tunggangan; terpulang kepada kamu, kalau hendak beri maka berilah dan jika tidak, jangan berkata apa-apa”.

Setiap peminta (sedekah) mempunyai haknya, sekalipun dia datang dengan menunggang kuda (Hadis daripada ‘Ali bin Abi Talib r.a., dikeluarkan oleh  Malik, Ahmad, Abu Daud, Ibn Khuzaimah, al-Baihaqi, Abu Ya’la dan al-Thabarani, )

Jika peminta sedekah datang dengan menaiki motor atau kereta, kemudian meletakkan (parking) kenderaanya di tempat yang jauh,  maka terpulanglah kepada kita samada hendak memberi sedekah atau tidak. Jika tidak mahu beri sedekah, berdiam sahajalah dan janganlah pula mengata-ngata orang itu. Mungkin juga dia kehabisan wang untuk mengisi minyak motor atau keretanya.

Advertisements
Dikirim dalam Uncategorized. 1 Comment »

Satu Respons to “Sedekah Tetapi Jangan Sampai Menyesal atau Merungut”

  1. JIWA HAMBA Says:

    Reblogged this on jiwa hamba.


Kemusykilan atau pertanyaan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: