“Happy Ending” Bagi Mereka Yang Patuh

.kesudahan yang baik adalah bagi orang-orang yang bertakwa. (Ta-Ha:132)  Baca baki entri ini »

Allah SWT Tidak Minta Tetapi Beri Rezeki

…. Kami tidak meminta rezeki kepadamu, (bahkan) Kamilah yang memberi rezeki kepadamu (Ta-Ha:132) Baca baki entri ini »

Dikirim dalam Uncategorized. 1 Comment »

Sembahyang Memadamkan Dosa-Dosa Kecil

Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya “Mana-mana muslim yang apabila masuk waktu sembahyang yang diwajibkan lalu dia pun berwudhuk dengan wudhuk yang baik, melakukan solat dengan sebaik-baiknya begitu juga dengan ruku’nya, maka sembahyang itu merupakan kafarah (memadamkan) dosa-dosanya yang telah lalu, selagi dia tidak melakukan dosa besar. (Riwayat Muslim) Baca baki entri ini »

Suruhlah Keluargamu Sembahyang

Dan perintahkanlah keluargamu serta umatmu mengerjakan sembahyang, dan hendaklah engkau tekun bersabar menunaikannya…..  (TaHa:132). Baca baki entri ini »

Hisab atau Perhitungan Allah Sangat Cepat

…dan Allah amat cepat hitunganNya. (Baqarah:202).

Allah SWT sangat cepat dan pantas dalam melakukan perbicaraan di Padang Mahsyar nanti. Perbicaraan semua manusia sejak dari zaman Nabi Adam hingga Nabi Muhammad s.a.w. diselesaikan hanya dalam masa setengah hari sahaja. 

Dalam hadith disebut 500 tahun di bumi (dunia) ini adalah bersamaan setengah hari di akhirat. Di Padang Mahsyar setengah hari adalah bersamaan 500 tahun. Maka satu hari ialah 1,000 tahun.

Rasulullah SAW pernah bersabda yang maksudnya: “Wahai orang Muhajirin yang miskin! Aku membawa berita baik iaitu cahaya yang sempurna pada hari perhitungan (Mahsyar) dan kamu akan memasuki syurga terlebih dulu daripada orang kaya dengan perbezaan setengah hari dan setengah hari ini bersamaan dengan 500 tahun (hidup di dunia).” (Hadis riwayat Abu Daud dari Abu Said al-Khudri).

Al-Mu’minuun [112] Allah bertanya lagi (kepada mereka yang kafir itu): Berapa tahun lamanya kamu tinggal di bumi?Al-Mu’minuun [113] Mereka menjawab: Kami tinggal (di dunia) selama sehari atau sebahagian dari sehari; maka bertanyalah kepada golongan (malaikat) yang menjaga urusan menghitung.

Berdoalah Untuk Kebaikan Dunia dan Akhirat

Dalam pada itu, ada di antara manusia yang (berdoa dengan) berkata: Wahai Tuhan kami! Berilah kami kebaikan di dunia. (Orang-orang ini diberikan kebaikan di dunia) dan tidak ada baginya sedikitpun kebaikan di akhirat. (Baqarah:200) Dan di antara mereka pula ada yang (berdoa dengan) berkata: Wahai Tuhan kami, berilah kami kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat dan peliharalah kami dari azab Neraka. (Baqarah:201). Mereka itulah yang akan mendapat bahagian yang baik dari apa yang telah mereka usahakan….(Baqarah:202).. Baca baki entri ini »

Kembali Kepada Allah Untuk Dihisab

Wahai manusia! Sesungguhnya engkau sentiasa berpenat-lelah (menjalankan keadaan hidupmu) dengan sedaya upayamu hinggalah (semasa engkau) kembali kepada Tuhanmu, kemudian engkau tetap menemui balasan apa yang engkau telah usahakan itu (tercatat semuanya). (Al-Inshiqaq:6)

Al-Mukminun [115] Maka adakah patut kamu menyangka bahawa Kami hanya menciptakan kamu (dari tiada kepada ada) sahaja dengan tiada sebarang hikmat pada ciptaan itu? Dan kamu (menyangka pula) tidak akan dikembalikan kepada Kami?

Al-Isra [14] (Lalu Kami perintahkan kepadanya): bacalah Kitab (suratan amalmu), cukuplah engkau sendiri pada hari ini menjadi penghitung terhadap dirimu (tentang segala yang telah engkau lakukan). Baca baki entri ini »

Dikirim dalam Uncategorized. 1 Comment »

Seburuk-buruk Tempat Kembali

Az Zumar [71]………Tetapi telah ditetapkan hukuman azab atas orang-orang yang kafir. [72] (Setelah itu) dikatakan kepada mereka: Masukilah pintu-pintu Neraka Jahanam itu dengan keadaan tinggal kekal kamu di dalamnya; maka seburuk-buruk tempat bagi orang-orang yang sombong takbur ialah Neraka Jahanam. Baca baki entri ini »

Cantikkan Syariat Allah Dengan Sunnah Nabi.

Betulkan amalan mengikut syariat Allah dan penuhkan syariat dengan sunnah Nabi. Allah cantikkan syariatnya dengan sunnah Nabi. Ikuti Sunnah Rasulullah adalah satu daripada formula untuk berjaya di akhirat. Baca baki entri ini »

Dikirim dalam Uncategorized. 1 Comment »

Larangan Lepak DiJalanan dan Hak Jalan

Daripada Abi Sa’id Al-Khudriy r.a Rasulullah Sollallaahu Alayhi Wa sallam bersabda: “Jauhilah duduk-duduk di tepi jalan!” Sahabat berkata, “Ya Rasulullah, kami terpaksa duduk di sini supaya senang kami bertemu denganmu.” Rasulullah Sollallaahu Alayhi Wa sallam berkata, “Kalau enggan meninggalkannya, maka berilah hak jalan itu.” Sahabat bertanya, “Apakah hak jalan itu ya Rasulullah?” kata Rasulullah, “Tundukkan pandangan (jaga mata), singkirkan gangguan di jalan, jawablah salam dan lakukan amar ma’ruf (serulah kepada kebaikan) dan nahi mungkar (cegahlah kejahatan).” (Riwayat Bukhari). Baca baki entri ini »

Syaitan Mencantikkan Perbuatan Kufur dan Maksiat

Maryam [83] Tidakkah engkau mengetahui (Wahai Muhammad) bahawa Kami telah menghantarkan Syaitan-syaitan kepada orang-orang kafir, untuk menggalakkan mereka mengerjakan perbuatan kufur dan maksiat dengan bersungguh-sungguh

Al-Hijr [39] Iblis berkata: Wahai Tuhanku! Kerana Engkau telah menjadikan daku sesat, (maka) demi sesungguhnya aku akan memperelokkan segala jenis maksiat kepada Adam dan zuriatnya di dunia ini dan aku akan menyesatkan mereka semuanya.

Al-Anfal [48] Dan (ingatlah) ketika Syaitan memperhiaskan kepada mereka perbuatan mereka (yang salah itu, untuk dipandang elok dan diteruskan), serta menghasut mereka dengan berkata: “Pada hari ini tidak ada sesiapa pun dari umat manusia yang dapat mengalahkan kamu, dan sesungguhnya aku adalah pelindung dan penolong kamu”. Maka apabila kedua-dua puak (angkatan tentera Islam dan kafir musyrik) masing-masing kelihatan (berhadapan), Syaitan itu berundur ke belakang sambil berkata: “Aku berlepas diri dari kamu, kerana aku dapat melihat apa yang kamu tidak dapat melihatnya; sesungguhnya aku takut kepada Allah, dan Allah sangat berat azab seksaNya”.

An-Nahl [43] Demi Allah! Sesungguhnya kami juga telah mengutus Rasul-rasul kepada umat-umat yang terdahulu daripadamu (wahai Muhammad), lalu Syaitan memperelokkan pada pandangan mereka yang ingkar akan amal-amal mereka yang jahat itu; maka dia lah menjadi pemimpin mereka pada hari ini; dan mereka akan beroleh azab seksa yang tidak terperi sakitnya. 

Fussilat [25] Dan Kami adakan untuk mereka teman-teman rapat (dari jin dan manusia), lalu teman-teman itu memperhiaskan kepada mereka (fahaman-fahaman sesat) mengenai perkara-perkara dunia yang ada di hadapan mereka, serta perkara-perkara akhirat yang ada di belakang mereka; dan (dengan sebab itu) tetaplah hukuman (azab) atas mereka bersama-sama dengan umat umat (yang sesat) dari jin dan manusia yang terdahulu daripada mereka. Sesungguhnya mereka semuanya adalah golongan yang rugi (bawaan hidupnya). 

Ibnu Mas’ud ra telah meriwayatkan bahawa Rasulullah saw telah bersabda , “Wanita adalah objek yang tersorok (aurat), apabila ia keluar syaitan akan menghias mereka untuk menggoda kaum lelaki” (At-Tirmizi). 

Al-Anaam [43] Maka alangkah eloknya kalau mereka berdoa kepada Kami dengan merendah diri (serta insaf dan bertaubat) ketika mereka ditimpa azab Kami? Tetapi yang sebenarnya hati mereka keras (tidak mahu menerima kebenaran), dan Syaitan pula memperelokkan pada (pandangan) mereka apa yang mereka telah lakukan

Al-Anaam [122] Demikianlah (sebagaimana iman itu diperlihatkan keelokannya kepada orang-orang yang beriman), diperlihatkan pula pada pandangan orang-orang yang kafir itu akan keelokan apa yang mereka telah lakukan (dari perbuatan kufur dan segala jenis maksiat). 

An-Naml [24]Aku dapati raja perempuan itu dan kaumnya sujud kepada matahari dengan meninggalkan ibadat menyembah Allah, dan Syaitan pula memperelokkan pada pandangan mereka perbuatan (syirik) mereka, lalu menghalangi mereka dari jalan (yang benar); oleh itu mereka tidak beroleh petunjuk, – 

Al-Ankabut [38] Dan (ingatkanlah peristiwa kebinasaan) Aad (kaum nabi Hud) dan Thamud (kaum Nabi Soleh); dan telahpun ternyata kepada kamu sebahagian dari bekas-bekas tempat kediaman mereka; dan (kebinasaan mereka yang demikian ialah disebabkan) Syaitan memperelokkan pada pandangan mereka: amal-amal mereka (yang jahat itu), lalu ia menghalangi mereka dari jalan Allah; padahal mereka orang-orang yang bijak pandai dan berakal (yang dapat membezakan yang benar dan yang salah)

Dikirim dalam Uncategorized. 1 Comment »

Anak Kunci Syurga

Dari Jabir r.a. katanya Rasulullah s.a.w bersabda “Anak kunci syurga ialah sembahyang”. Kata ulama “Sembahyang adalah anak kunci yang mempunyai lima bilah (gigi)” iaitu lima waktu sembahyang fardhu. Oeh itu cukupkan bilangan sembahyang dan gantilah mana-mana sembahyang yang telah ditinggalkan kerana ia adalah amalan pertama diperiksa.  Selain itu sempurnakanlah pahala sembahyang dan ingatkah kepada Allah dalam sembahyang.  Baca baki entri ini »

Dikirim dalam Uncategorized. 1 Comment »

Manusia Lemah Menuju Mahkamah Agung Allah

Di hari akhirat manusia lemah seperti anak kambing dan perlu dipapah (Riwayat Tirmidzi). Allah menghantar malaikat untuk membawa manusia ke Mahkamah Allah untuk dibicarakan. Setiap Manusia di sertai 2 malaikat:

Qaf [21] Dan (setelah itu) datanglah tiap-tiap orang (ke Padang Mahsyar), disertai (dua malaikat: Yang satu menjadi) pembawa dan (yang satu lagi menjadi) saksi; 

Baca baki entri ini »

Wajib Haji di Baitullah Pada Bulan Haji Atas Mereka Yang Mampu

…Haji itu ialah beberapa bulan yang termaklum…..(Baqarah:197)  Dan Allah mewajibkan manusia mengerjakan ibadat Haji dengan mengunjungi Baitullah iaitu sesiapa yang mampu sampai kepadanya. Dan sesiapa yang kufur (ingkarkan kewajipan ibadat Haji itu), maka sesungguhnya Allah Maha Kaya (tidak berhajatkan sesuatu pun) dari sekalian makhluk. (Ali-Imran:97) Baca baki entri ini »

Tawaf Baitil Atiq

وَلۡيَطَّوَّفُواْ بِٱلۡبَيۡتِ ٱلۡعَتِيقِ

…dan hendaklah mereka tawaf akan Baitil Atiq (Hajj:29). Baitullah atau Kaabah juga dikenali sebagai Baitil Atiq iaitu rumah yang sentiasa merdeka dari segala kezaliman. Tanah Haram juga tidak boleh dikuasai raja yang zalim dan haram disakiti manusia semasa mereka berada disana. 

Baqarah[97]…….dan sesiapa yang masuk ke dalamnya aman tenteramlah dia. 

Mazhab Syafie mewajibkan seseorang yang hendak tawaf itu berwuduk terlebih dahulu berdasarkan hadith yang mengatakan bahawa tawaf itu adalah sama seperti sembahyang, cuma boleh bercakap ketika tawaf. Tidak sah tawaf tanpa wuduk dalam Mazhab Syafie.

Daripada Ibnu ‘Abbas bahawa Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam berkata “Tawaf mengelilingi Ka’abah adalah sama seperti perbuatan solat, hanya sahaja dibenarkan berbicara di dalamnya, bagi sesiapa yang berbicara di dalamnya maka janganlah berbicara kecuali perkara yang baik-baik.

Manakala Mazhab Hanafi berpegang pada ayat quran dan dalam ayat itu cuma disebut apabila seseorang mengerjakan haji, dia hendaklah tawaf dan tidak disebut tentang wuduk. Bagi mereka haji sah tanpa wuduk, tetapi dikenakan dam seekor kambing sekiranya seseorang itu tawaf tanpa wuduk. 

Daripada Abu Sa’id al-Khudri radliyallahu ‘anhu, dari Nabishallallahu ‘alaihi wasallam bersabda “Sesiapa membaca surat al-Kahfi pada malam Jum’at, maka dipancarkan cahaya untuknya sejauh antara dirinya dia dan Baitul ‘Atiq.” (Sunan Ad-Darimi, no. 3273. Juga diriwayatkan al-Nasai dan Al-Hakim)