Buat Baik Pada Ibubapa, Jangan Main Kayu Tiga dan Berilah Kemaafan

Rasulullah Sollallaahu Alayhi Wa sallam bersabda “Berbuat baiklah kamu kepada ibubapa kamu supaya anak-anak kamu berbuat baik kepada kamu, dan bersihkanlah dirimu dari perempuan selain isterimu. Sesiapa yang dimintai maaf lalu dia tidak mahu menerimanya, nescaya dia tidak akan dapat minum dari telagaku (Telaga Kausar)”. [Riwayat Hakim melalui Jabir r.a.]

Buat Baik Kepada Ibubapa

Anak-anak sepatutnya berbuat baik kepada ibu bapa seperti mana ibu bapa berbuat baik kepada mereka, mudah-mudahan anak-anak mereka nanti akan berbuat baik kepada mereka sebagai balasan kepada perbuatan baik mereka.

Israa [23] Dan Tuhanmu telah perintahkan, supaya engkau tidak menyembah melainkan kepadaNya semata-mata dan hendaklah engkau berbuat baik kepada ibu bapa. Jika salah seorang dari keduanya atau kedua-duanya sekali, sampai kepada umur tua dalam jagaan dan peliharaanmu, maka janganlah engkau berkata kepada mereka (sebarang perkataan kasar) sekalipun perkataan “Ha” dan janganlah engkau menengking menyergah mereka, tetapi katakanlah kepada mereka perkataan yang mulia (yang bersopan santun).

Jangan Main Kayu Tiga

Bersihkanlah dirimu dari perempuan selain isterimu” Janganlah bergurau senda dengan isteri atau suami orang jikalau kita tidak suka orang lain bergurau senda dengan isteri atau suami kita. Jika kita “main kayu tiga”, suami atau isteri kita pun akan turut “main kayu tiga”.

Berilah Kemaafan

Rasulullah Sollallaahu Alayhi Wa sallam bersabda “Sesiapa yang memberi kemaafan (ke atas kesalahan orang), padahal dia mampu bertindak balas (di atas perbuatan tersebut), Allah akan memaafkannya, dihari yang susah” (Riwayat Thobroni)

Hari yang susah itu ialah Hari Kiamat yang juga dikenali sebagai hari orang bermuka masam:

Al-Insan [10] Kami sebenarnya takutkan Tuhan kami, takut Dia kenakan kami azab hari yang padanya muka orang-orang yang bersalah: Masam berkerut-kerut..

Orang yang “mampu bertindak balas” iaitu berkuasa dan mempunyai keupayaan untuk membalas kejahatan yang dilakukan, seperti dijelaskan dalam Al-Quran

Ali-Imran [134]……….dan orang-orang yang memaafkan kesalahan orang

Ali-Imran [136] Orang-orang yang demikian sifatnya, balasannya ialah keampunan dari Tuhan mereka, dan Syurga-syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, mereka kekal di dalamnya dan yang demikian itulah sebaik-baik balasan (bagi) orang-orang yang beramal

Advertisements

Kemusykilan atau pertanyaan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: