Tiada Yang Ghaib Disisi Allah

(Ingatlah) hari (kiamat yang padanya) Allah menghimpunkan Rasul-rasulNya lalu bertanya: Apakah penerimaan yang diberikan kepada kamu (oleh umat-umat kamu dahulu, ketika kamu menyampaikan seruan agama Allah)? Rasul-rasul itu menjawab: Tidak ada bagi kami pengetahuan yang sah tentang itu, (pengetahuan yang tepat adalah tertentu bagiMu), kerana sesungguhnya Engkaulah sahaja Yang Maha Mengetahui akan segala perkara yang ghaib. (Maidah:109) 

Manusia dan makhluk-makhluk lain hanya boleh melihat apa yang ada dihadapannya pada jarak yang tertentu sahaja. Seperti kata pepatah “sejauh mata memandang” sejauh itulah sahaja yang dapat kita lihat. Namun tidak ada perkara yang ghaib atau perkara yang boleh disembunyikan daripada dilihat Allah. Allah mengetahui segalanya kerana Allah adalah Tuhan seluruh alam, tuhan di langit dan tuhan di bumi.

Hud [123] Dan Allah jualah yang mengetahui rahsia langit dan bumi dan kepadaNyalah dikembalikan segala urusan. Oleh itu, sembahlah akan Dia serta berserahlah kepadaNya. Dan (ingatlah), tuhanmu tidak sekali-kali lalai akan apa yang kamu lakukan.

Tiada jarak antara kita dengan Allah. Allah SWT ada bersama-sama dimana sahaja kita berada dan kekuasaanya meliputi seluruh alam:

Setelah kedua-dua kumpulan itu nampak satu sama lain, berkatalah orang-orang Nabi Musa: Sesungguhnya kita akan dapat ditawan. (Shuara:61) Nabi Musa menjawab: Tidak! Jangan fikir (akan berlaku yang demikian)! Sesungguhnya aku sentiasa disertai oleh Tuhanku (dengan pemeliharaan dan pertolonganNya), Dia akan menunjuk jalan kepadaku. (Shuara:62)

Allah berfirman: Janganlah kamu takut, sesungguhnya Aku ada bersama-sama kamu; Aku mendengar dan melihat segala-galanya. (Ta-Ha: 46)

Hadid [4] …..dan Dia tetap bersama-sama kamu di mana sahaja kamu berada dan Allah Maha Melihat akan apa yang kamu kerjakan

Allah sangat dekat dengan semua manusia dimana sahaja mereka berada. 

Baqarah [186] Dan apabila hamba-hambaKu bertanya kepadamu mengenai Aku maka (beritahu kepada mereka): Sesungguhnya Aku (Allah) sentiasa hampir (kepada mereka);

Qaf [16] Dan demi sesungguhnya, Kami telah mencipta manusia dan Kami sedia mengetahui apa yang dibisikkan oleh hatinya, sedang (pengetahuan) Kami lebih dekat kepadanya daripada urat lehernya,

Bahkan Allah mengetahui apa yang ada dalam hati manusia sebelum ia dizahirkan lagi.

Dari Ibnu Umar r.a, dari Nabi SAW baginda bersabda:”Lima kunci perkara ghaib, tidak mengetahuinya melainkan Allah iaitu:

1) Tiada mengetahui apa yang tersimpan di dalam rahim (kandungan perempuan) melainkan Allah.

2) Tiada yang mengetahui apa yang akan terjadi esok hari melainkan Allah.

3) Tiada seorangpun yang mengetahui bila waktunya hujan akan turun melainkan Allah.

4) Tiada seorangpun mengetahui di negeri mana dia akan mati melainkan Allah

5) Tiada yang mengetahui bila kiamat akan terjadi melainkan Allah.(Hadith Riwayat Bukhari)

Advertisements

Kemusykilan atau pertanyaan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: