Kedahsyatan dan Kesibukan Hari Kiamat

Daripada Aisyah r.a., bahawa Nabi s.a.w. bersabda ” “Dihimpunkan manusia di padang Mahsyar pada hari qiamat dengan keadaan berkaki ayam bertelanjang dan berkulup” Aisyah berkata: Ya Rasulullah! “Adakah orang-orang perempuan dan lelaki semuanya melihat satu sama lain?” Nabi s.a.w. menjawab: “Wahai Aisyah, kedahsyatan keadaan pada – masa itu menghalang masing- masing daripada melihat satu sama lain.

Daripada satu riwayat oleh al-Nasa’i dan al-Haakim dari Aisyah, r.a.,

katanya: Aku bertanya: “Ya Rasulullah, bagaimana pula keadaan aurat?” Nabi s.a.w. menjawab: Tiap-tiap seorang pada masa itu cukup sibuk dengan hal menjaga keselamatan dirinya sahaja.”

Bila sudah sibuk dengan problem masing-masing tidak ada masa untuk melihat yang lain. Melihat itu dan ini cuma boleh dilakukan bila ada masa saja. Pada masa itu keadaan sangat dahsyat dan teruk sehingga tidak sempat melihat itu ini, seperti dalam surah Abasa:

Kemudian (ingatlah keadaan yang berlaku) apabila datang suara jeritan yang dahsyat (Abasa:33) Pada hari seseorang itu lari dari saudaranya, (Abasa:34)Dan ibunya serta bapanya, (Abasa:35) Dan isterinya serta anak-anaknya; (Abasa:36) Kerana tiap-tiap seorang dari mereka pada hari itu, ada perkara-perkara yang cukup untuk menjadikannya sibuk dengan hal dirinya sahaja (Abasa:37)

Pada hari kamu melihat (peristiwa-peristiwa yang mengerikan) itu, tiap-tiap ibu penyusu akan melupakan anak yang disusukannya dan tiap-tiap perempuan yang mengandung akan gugurkan anak yang dikandungnya dan engkau akan melihat manusia mabuk, padahal mereka sebenarnya tidak mabuk, tetapi azab Allah amatlah berat, mengerikan. (Hajj:2)

Hari yang menggemparkan, (Al-Qariah:1) Apa dia hari yang menggemparkan itu? (Al-Qariah:2) Dan apa jalannya engkau dapat mengetahui kedahsyatan hari yang menggemparkan itu? (Al-Qariah:3)  (Hari itu ialah: Hari kiamat), hari manusia menjadi seperti kelkatu yang terbang berkeliaran,(Al-Qariah:4)

Rasulullah SAW memberikan gambaran suasana kedahsyatan pada hari tersebut  “Pada hari Kiamat didekatkan matahari kepada makhluk sehingga jaraknya satu batu. Pada ketika itu, manusia berada di dalam peluh masing-masing menurut kadar amalan jahat yang dilakukan. Ada yang (peluhnya) sekadar sampai di buku lali, lutut, pinggang dan mulut (sambil Baginda menunjukkan isyarat ke mulutnya). (Riwayat Muslim dan Tirmizi)

Advertisements

Kemusykilan atau pertanyaan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: