Disiplin Haji

….. Oleh yang demikian sesiapa yang telah mewajibkan dirinya (dengan niat mengerjakan) ibadat Haji itu, maka tidak boleh mencampuri isteri dan tidak boleh membuat maksiat dan tidak boleh bertengkar, dalam masa mengerjakan ibadat Haji. Dan apa jua kebaikan yang kamu kerjakan adalah diketahui oleh Allah dan hendaklah kamu membawa bekal dengan cukupnya kerana sesungguhnya sebaik-baik bekal itu ialah memelihara diri (dari keaiban meminta sedekah) dan bertakwalah kepadaKu wahai orang-orang yang berakal (yang dapat memikir dan memahaminya). (Baqarah:197)

Bulan-bulan haji ialah Syawal, Zulkaedah dan Zulhijjah. Terdapat 3 cara atau kaedah perlaksanaan ibadah haji.

3 Cara Haji

Cara Haji Tammattuk ialah dilakukan umrah terlebih dahulu dalam bulan haji. Selesai umrah, jemaah bercukur dan bebas berpakaian biasa. Kemudian mereka menunggu sehingga 8hb Zulhijjah untuk kembali berihram dan melaksanakan ibadah haji. Cara ini dikenakan dam seekor kambing atau unta.

Bagi yang melakukan Haji Ifrad mereka memulakan dengan tawaf qudum atau tawaf selamat datang dan mereka terus berada dalam keadaan berihram sehinggalah selesai melontar pada hari pertama. Cara ini tidak dikenakan dam kerana mereka hanya melakukan ibadah haji sahaja dalam bulan haji dan tidak dilakukan umrah.

Cara ketiga ialah Haji Qiran dimana dilakukan Haji dan Umrah serentak. Perlaksanaannya sama seperti Haji Ifrad iaitu mereka terus berada dalam keadaan berihram sehinggalah selesai melontor hari pertama. Cuma bezanya cara ini dikenakan dam sama seperti Haji Tamattuk.

Apabila seseorang itu memakai ihram, dia adalah MUHRIM dan bermulalah pantang larang haji atau umrah ke atasnya. Dalam mazhab Syafie seseorang itu dikira MUHRIM setelah dia memakai ihram.  Dalam mazhab Hanafi seseorang iti tidak dikira MUHRIM walaupun sudah memakai ihram selagi dia tidak membaca lafaz TALBIAH (Labbaikallah…). 

Duit Halal dan Jaga Mulut

Yang paling penting dalam ibadah haji ialah pastikan duit untuk mengerjakan haji adalah dari sumber yang halal. Selain itu keluarkan zakat daripada wang yang akan digunakan itu untuk membersihkan kotoran-kotoran harta.

Dalam hadith disebut “Sesiapa yang mengerjakan haji dengan duit yang halal, tidak celupar mulutnya, tidak bercakap perkara keji, tidak bergaduh dan tidak bercakap perkara yang menaikkan nafsu, dia akan pulang dengan haji yang mabrur.

Diriwayatkan hadith dari Abi Hurairah (r.a) berkata: ‘Aku mendengar Nabi (s.a.w) bersabda: ‘Sesiapa yang naik haji semata-mata kerana Allah (a.w) (yakni, mengharapkan kerahmatanNya, yakni syurga, dan takutkan siksa dalam nerakaNya), maka tidak menjimak (isterinya) dan tidak melanggar pantang larang (ihram haji) kembali dia di hari akhirat seumpama hari dia dilahirkan dari perut ibunya (i.e. keadaan fitrah) tanpa sebarang dosa).’ [Hadith Bukhari, Kitab Haji]

Sesiapa yang mengerjakan haji di Baitullah sedangkan dia tidak mengeluarkan kata-kata rafats (mencarut) dan berbuat fasik maka dia kembali seperti bayi yang baru lahir dari perut ibunya”. (Muttafaq Alaih)

Dalam hadith yang lain, “Haji mabrur itu tiada lain ganjarannya kecuali syurga.” (Hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Apabila seorang anggota jamaah haji berangkat dengan harta haram dan mengenjakkan kaki di kenderaannya kemudian dia membaca Labbaik allahumma labbaik, maka ada suara (jawaban) dari langit: “Tidak ada labbaik dan tidak ada sa’daik (kebahagiaan) bagimu kerana bekalmu haram, kenderaanmu haram, hajimu penuh dosa, tidak diterima (tertolak)”

Membawa Bekal Untuk Perbelanjaan Disana Yang Secukupnya

Pada satu masa para jemaah dari Yaman telah pergi mengerjakan haji tanpa membawa sebarang bekal. Apabila ditanya kenapa tidak berbekal, jawab mereka “kami bertawakkal kepada Allah”. Rupa-rupanya mereka telah meminta sedekah untuk menampung perbelanjaan haji mereka. Lalu turun ayat:

….dan hendaklah kamu membawa bekal dengan cukupnya kerana sesungguhnya sebaik-baik bekal itu ialah memelihara diri (dari keaiban meminta sedekah) dan bertakwalah kepadaKu wahai orang-orang yang berakal (yang dapat memikir dan memahaminya). (Baqarah:197)

Advertisements

Kemusykilan atau pertanyaan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: